Lovely Friends

Tuesday, August 9, 2011

Kek Gula Hangus


Lama rasanya tak update blog. Wanita berkarisma, sibuk lah katakan. Cewah.. Wahaha.. Seronok dapat buat amal jariah bulan-bulan puasa ni. *Sebenarnya taknak ingat yang diri tengah berpuasa nanti rasa macam lama gila nak berbuka* Yelah, macam rajin pulak aku ni nak volunteer buat itu ini. 

So anyway, semalam kawan aku tanya resepi kek gula hangus. Aku yang masih jahil dalam dunia masakan ni pun bagilah resepinya. Kot-kot menjadi, alhamdulillah. Lepas tu dia ajak jugak lah aku buat kek tu. Mentang-mentang banyak lagi barang-barang kat rumah, laju je aku buat. Hasil sangat memberangsangkan. Wahaha.. Cuma dah nama pun kek gula hangus, memang manis sikit lah. Lepas ni nak buat kena kurangkan sikit gulanya.



Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega/marjerin
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila *saya letak sebab saya tak suka bau telur*

Cara-cara:

Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
Masak gula sampai warna perang, then masukkan air panas sikit-sikit. Sila hati-hati masa masukkan air panas sebab masa ni ia akan meletup-letup macam masukkan air dalam minyak panas.
Then kacau sebati dan masukkan mentega/marjerin.
Sejukkan.
Pukul telur sampai kembang.
Masukkan susu pekat. Kacau sampai sebati. Then masukkan tepung.
Adunan ni perlu diperap untuk menghasilkan banyak sarang semut. Hehe
Perap 3-4 jam Lepas tu baru boleh bakar pada suhu 160'C selama 50 minit atau sampai masak.


Ok tu je lah. Senang aje. Boleh cuba la untuk buka puasa nanti. Hikhik..

No comments:

Post a Comment