Lovely Friends

Sunday, December 15, 2013

Happy Birthday Imaani & Ma'wa

Pada 23 November 2013 yang lalu, kami menerima tempahan Candy Buffet di Merlimau Pasir, Merlimau Melaka.

Puan Dyana nak buat candy buffet untuk anak perempuan kesayangannya, Nasuha Imaani dan sekali dengan anak saudaranya iaitu Nur Jannatul Ma'wa. Dua orang kanak-kanak comel ni baru berusia setahun. Nak sambut birthday sekali katanya.

Birthday girls - Imaani & Ma'wa

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

 



















Sebarang pertanyaan boleh e-mail kepada kami di lsd.bizworld@gmail.com

atau

PM kami di Facebook (klik SINI)

Terima kasih :)


Establishment Of The New Company


Salam.

Hai semua (^_^)

Untuk makluman semua pembaca, saya dan rakan kongsi telah menubuhkan sebuah syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada September 2013 iaitu LSD BizWorld (MA 0186898-H).

Kami menjual pelbagai jenis kek, Candy/Fruit Buffet, Guest Booth, Doorgifts, Gubahan Hantaran dan banyak lagi.

Boleh layari Facebook kami di www.facebook.com/lsdbizworld

Sebarang pertanyaan boleh PM saya di Facebook.

Terima kasih.

Monday, July 8, 2013

Mini Pavlova

Mini Pavlova ni resepi sama macam resepi Pavlova  yang saya buat sebelum ni. Cuma saya mini kan aje. Senang nak makan, tak payah susah-susah nak potong.











Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak !





Biskut Raya 2013


Pagi ni buat biskut raya. Amboi awal bebeno ye buat biskut raya, puasa pun belum. Hihi.. Buat sample aje. Tahun ni tak dapat nak ambil order banyak sebab saya bukan kerja kat Segamat. Jadi, payah sikit lah. Takut tak sempat nak buat nanti customer marah. Rumah sewa pun duduk dengan budak-budak Politeknik. Takut mengganggu diorang nak study pulak kan kalau bising kat dapur.

Kat bawah ni ada empat jenis biskut raya yang saya akan jual. Tak banyak. Tempahan akan ditutup pada 26 July 2013. Siapa cepat dia dapat J



Biskut Cornflakes Crunch

 Kombinasi tepung gandum, tepung kentang dan cornflakes dan disaluti dengan coklat. 
RM 18 (50 keping)


Biskut Semperit.

RM18 (50 keping)



Biskut Strawberry Lovely.

Biskut berperisa strawberry dengan gabungan pelbagai jenis tepung dan susu tepung. 
RM 20 (50 keping)



Biskut kegemaran ramai, Tart Gulung.

RM 28 (50 biji)


Siapa yang nak order, boleh hubungi saya di 017-6735004
Terima kasih.


Kalau saya buat biskut lain, saya akan update kemudian.




Sunday, July 7, 2013

Pavlova


Lama rasanya tak bersiaran. Sibuk sikit sejak kebelakangan ni. Semalam pergi Melaka, cari rumah sewa. Saya dapat tawaran kerja kat Merlimau. Balik dah petang. Lepak dah malam tu. Memang tak on dah laptop.

Pavlova ni saya buat untuk Kak Latifah dan juga Kak Zainora. Harap diorang suka. Saya memang tak lah nak makan benda manis-manis ni. Ngilu rasa gigi. Pavlova ni pulak, berlemak uiii… Baru gigit segigit dah surrender. Kalau orang bagi Pavlova, I makan buah atas tu je. Hihi..



Sebenarnya, nak buat Pavlova ni tak lah susah. Yang buat dia mahal tu buah-buahan atas tu lah. Lain cerita kalau uols guna pisang kan. Hahaha.. Pavlova ni memang kena makan dengan buah yang masam-masam sebab nak balance kan dengan meringue yang manis tu. Dah kurangkan gula pun still manis leting.

Sesetengah orang suka, sesetengah orang tak suka. Petang tadi sebelum Maghrib, sempat la siapkan Mini Pavlova. Lepas tu bawa pergi rumah Mak Ngah. Mujur ada yang suka. Kalau letak dalam peti rumah ni memang sampai sudah tak makan. Rajin buat je, makannya tidak.


Anak Along, si Ayish makan fresh cream je. Jilat cream dah macam makan ice cream. Ambil buah kemain, lepas tu tak makan pun. Haha..

 Gambar dari Facebook adik

PAVLOVA
Resepi dari Ana Suzana

4 biji putih telur
1 cawan gula halus *guna ¾ pun ok sebab manis sangat*
1 sdt esen vanilla
1 sdt cuka atau jus lemon
¼ sdt cream of tartar atau garam
1 sdb tepung jagung

Panaskan oven pada  suhu 160°C.

Diatas baking paper, lukiskan bulatan berukuran 7 inci atau 8 inci. Kemudian terbalikkan kertas. Letak atas tray atau loyang.

Pukul putih telur hingga berbuih (lebih kurang seminit) dengan kelajuan maksima. Masukkan cream of tartar atau garam. Teruskan memutar sambil dimasukkan gula halus sedikit demi sedikit. Putar dengan kelajuan maksima hingga adunan betul-betul kental dan gula hancur kesemuanya.

Kalau adunan dah kental dan berkilat tu maknanya dah ok lah tu. Lebih kurang 15 minit lah. Make sure mixer tu guna high speed ok!

Ok step lepas ni nak kaup balik guna spatula boleh, nak guna mixer pun boleh.

Masukkan esen vanilla, cuka atau jus lemon. Gaul sebati.

Masukkan tepung jagung dan gaul lagi hingga sempurna.

Meringue yang dah siap tadi tu dituangkan kat atas baking paper. Bentukkan supaya jadi bulat mengikut garisan yang telah dilukis tadi. Nak buat bentuk cinta-cinta pun boleh. Hihi.. Kalau nak Pavlova uols tinggi, buat bulatan yang berdiameter kecil.

Kemudian, bakar pavlova anda selama 35-45 minit. Waktu membakar ni depends pada jenis oven masing-masing. Ada sesetengah oven kalau buat suhu tinggi, renting pula.. So kena tahu lah oven uols tu macamana ye..

Bila pavlova uols dah bertukar kepada warna perang, maknanya dah siap lah tu. Bila sentuh, ia keras. Jangan cucuk pulak pavlova tu. Hodoh nanti.. Biarkan pavlova anda sejuk didalam oven. Buka sedikit pintu oven ye. Bila dah betul-betul sejuk baru boleh letak fresh cream dan buah-buahan.

Fresh cream tu tak payah letak banyak sangat. Nanti hilang pula rasa Pavlova nya kan.. Dalam anggaran 200ml it should be ok J

Buah-buahan yang sesuai dihias diatas Pavlova; strawberry, kiwi, grape, raspberry atau apa saja buah-buahan yang masam. Oran atau epal macam tak sesuai je. Hihi..



Dah buat rojer-rojer tau.








Monday, July 1, 2013

Chilled Cheese Cake



Hello ladies.. Bersua kita lagi dalam rancangan masak memasak bersama Cik Sebona kita. Hari ni Cik Sebona kita buat Cheese Cake. Sebenarnya buat semalam. Tapi post hari ni sebab hari ni sehari suntuk kat Melaka. Nak kata bust lah tu. Ceh..

Jadinya, Cheese Cake ni telah ditempah oleh Cikgu Azwati. Terima kasih ye cikgu. Harap berpuas hati. Kalau tak puas hati, boleh bagi komen dan cadangan. Yelah, komen dan cadangan customer tu sebenarnya penting untuk kita improve skills kita. Kalau tak bagi orang komen, payah jugak ye tak?



Cheese Cake ni eloknya dimakan masa sejuk. Masa hantar kat sekolah pagi tadi, terus mintak tolong guard simpan dalam peti sejuk kantin. Takut lama kat luar cair pulak. Tak pasal-pasal jadi kuah cheese bersama oreo.


Ok nanti resepinya kemudian ye. Penat lah. Larat tayang gambar je.





Tuesday, June 25, 2013

Rainbow Cake



Setelah seminggu lebih kita berjerebu, hari ni Allah turunkan hujan dibumi Malaysia. Alhamdulillah syukur. Nampak juga kat status Facebook masing-masing bercerita pasal hujan kat tempat diorang. Syukran Ya Allah.

Syukur juga di kesempatan ini saya sempat lagi buat kek. Hehe.. Tak tahu lah dari semalam tekak ni teragak sangat nak makan rainbow cake. Kalau nak beli memang payah nak cari kat Segamat ni. Lagipun saya memang dah tak beli kek dan roti kat kedai kek. Rasa macam was-was sebab kat Segamat ni rasanya banyak kedai kek non-muslim. Baru beberapa minggu lepas saya nampak ada kedai kek baru, kemungkinan besar milik orang Islam. Tapi belum pergi lagi.Hihi..




Resepi kali ni saya ambil dari blog Rahel. She’s one of my favorite blogger. Hihi.. Rasa kek yang begitu enak ni membuatkan saya susah betul nak berhenti makan. Lepas suap, suap lagi, lepas tu suap lagi. Makan tak ingat dunia uols…


Untuk topping, saya guna fresh cream. Disebabkan malas nak bancuh buttercream, maka ambil jalan mudah je lah.. Tapi lukisan warna warni tu guna buttercream. Ada balance kat dalam peti, guna jelah. Daripada ke perut tong sampah kan..


RAINBOW CAKE
Resepi dari Rahel

250gm mentega
200gm gula
4 biji telur gred A
*220gm tepung kek
*1 sdt baking powder
5 sdb susu segar
1 sdt esen vanilla
Pewarna – ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah

Tapaukan adik nak balik asrama.

Sediakan dua loyang 6” atau 7”. Sapu dengan mentega dan alas dengan baking paper. Ketepikan. Panaskan oven pada suhu 170°C.

Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.

Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan pula telur sebiji demi sebiji. Kalau nak senang kerja, pecahkan telur dalam satu mangkuk. Masa tengah pukul butter tu, masukkan telur.

Masukkan esen vanilla dan putar hingga sebati.

Masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis.

Tepung – Susu – Tepung – Susu – Tepung

Timbang adunan kepada 6 bahagian. Kalau malas nak timbang, Agak-agak je lah. Kemudian warnakan setiap adunan dengan warna kesukaan anda.

Bakar adunan selama 20 minit setiap satu. Kalau oven boleh muat 2 loyang sekali gus lagi elok. Cepat sikit proses membakar kek.

Bila kek dah masak, terbalikkan atas redai. Tunggu semua lapisan sejuk baru boleh lepa dengan krim.

Kalau boleh, kertas buat alas kek tu jangan dibuang. Boleh alas kek masa dah sejuk. Kalau tak alas, nanti kek rosak dan melekat antara satu sama lain.



FRESH CREAM FROSTING

300ml non-dairy whipping cream

Putar bahan diatas hingga kental dan sedia dilepa atas kek. Hiaslah mengikut kreativiti anda J






Friday, June 21, 2013

Tart gulung


Selamat petang semua.

Minum petang hari ni air kosong dengan karipap dan wade. Oh sedap betul kuih makcik tu jual. Lepas satu, satu ngap. Lepas tu kena stop sebab takut orang lain tak merasa. Hahaha.. Hantu karipap memang macam ni.

Sekejap je kita dah nak sambut bulan mulia, bulan Ramadhan. Ya Allah, rindu betul nak pergi terawih, nak bangun sahur ramai-ramai, masak juadah berbuka. Rindu sangat. Semoga panjang umur dapat sambut Ramadhan tahun ni dengan lebih ikhlas dan khusyuk.



Dalam duk fikir bulan Ramadhan, dah mula rancang nak buat kuih raya apa tahun ni. Tart gulung nenas tu wajibun. Sampai adik saya kata, “Kak, nanti kuih ni buat banyak. Takut nanti tak sempat raya.” Amboi-amboi… Kalau tak sempat raya tu, kerja dial ah tu. Tak syak lagi!

Tahun lepas dia makan kuih tart Mak Long Timah sampai sakit perut. Mana tak nya, sebekas tu dia menghadap sorang.

KUIH TART GULUNG NENAS
Resepi dari Kak Aznim

Bahan-bahan pastry:

4 oz @ 115 gram butter
4oz @ 115 gram minyak sapi
1 biji telur gred B
1 lb @ 450 gram tepung gandum
Sedikit garam
Air sejuk


Pecahkan telur di dalam bekas adunan.
Masukkan butter dan minyak sapi.
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Letak air sejuk sikit-sikit, sampai jadi doh.

Guna acuan tart gulung.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda. Nak buat taru gulung boleh, tart biasa boleh, tart yg gunting pon boleh.

Kemudian bakar pada suhu 170°C selama 20 - 25 minit.


Bahan inti:

Boleh guna inti nenas yang ready made atau pun homemade.

10 biji nenas - di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning

Buang kulit nenas, buang matanya dan sagat.
Kacau nenas dan gula.
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dengan api yang perlahan. 


Kalau yang agak tak rajin nak buat, meh order dengan saya. RM28 untuk 50 biji. Jangan malu jangan segan, boleh hubungi saya kat Facebook ye. Tata~