Lovely Friends

Friday, August 5, 2011

Ayam Bali




Bahan-bahan:

Ayam 6 ketul *potong kecil-kecil. kalau xnak potong pun boleh
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Serai 3 batang 
Daun limau purut
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan kasar
2 sudu besar serbuk kunyit
2-3 sudu besar cili boh *kalu suka pedas boleh letak cili padi*
Kicap pekat
Gula & garam secukup rasa
Asam keping
Daun kari

Cara-cara:

Kisar bawang, 2 batang serai, ketumbar dan jintan.
Bahan-bahan tersebut diperap bersama ayam dan kicap pekat dan cili boh.
Perap selama 1 jam.
Kemudian goreng ayam sahaja dengan minyak yang sederhana banyak
*jangan masukkan bahan-bahan yang dikisar tu. yama tu jangan goreng sampai garing. agak-agak dah masak je*
Kemudian baru masukkan bahan perapan tu, 1 batang serai yang diketuk, daun limau purut daun kari, dan asam keping.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Masak sampai naik bau.


Selamat Berbuka Puasa.
(^_^)

No comments:

Post a Comment