Lovely Friends

Saturday, August 13, 2011

Cupcakes again






Ikan Kerapu 3 Rasa




Bahan-bahan:

Ikan
2 ekor ikan kerapu
Serbuk lada hitam
Tepung jagung

Sos
5 ulas bawang putih *dicincang
Halia
Cili padi *ditumbuk-bergantung pada kepedasan masing-masing
1 cili merah *ditumbuk
1 batang serai *dihiris
Sos plum *opt
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Air
Garam  gula secukupnya
Cili merah *dihiris
Daun sup *dicincang

Cara-cara:

Ikan kerapu digaul dengan serbuk lada hitam dan garam. Kemudian disalut dengan tepung jagung dan goreng.
Tumiskan bawang putih, halia, cili padi dan cili merah yang telah ditumbuk. Tumis sampai naik bau.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos plum. (Sukatannya bergantung kepada berapa banyak nak kuah tu. Kalau nak kuah banyak, letak la banyak)
Masukkan sedikit air.
Perasakan dengan gula dan garam.
Masukkan cili yang dihiris.
Saya campurkan dengan kacang panjang yang dipotong dadu. Ingat nak letak kacang peas, tapi takde pulak.. Hihi
Ok siap lah ikan kerapu 3 rasa. Boleh makan dah..


Selamat mencuba!


Friday, August 12, 2011

Polkadot Swiss Roll


Not going to talk much today. I'm not feeling very well today. Tapi tak sihat pun sempat buat kek. Hehe



Tadi buat kek pelangi. Banyak lebih telur putih, so inilah yang terhasil. Resepi akan menyusul kemudian ye..





Selamat Berpuasa~



Tuesday, August 9, 2011

Chocolate Muffin



Semalam ada cikgu call ayah tanya pasal tempahan kek. Lepas tu terus cakap dengan isteri dia. Akak tu nak order cupcake. Tapi dia macam rambang mata nak cupcake perisa apa. Eh macam ada gambar pulak.. Dia tanya aku apa yang sedap. Aku cakap la banyak yang sedap, oren sedap, vanila sedap, coklat sedap. Wahaha.. Lastly dia pilih cupcake coklat. Tapi nak test dulu sedap ke tak. Kalu sedap baru jadi order. Mari berdoa supaya dia jadi order.

Jadi malam tadi lepas terawih aku pun godek la apa yang ada kat dapur tu nak buat muffin. Semua bahan ada. Ok set. Mari buat muffin!

Bahan-bahan:

1/2 cawan mentega
1/2 cawan mintak jagung
1 1/2 cawan gula perang *takde gula perang so aku gula gula merah. hehe*
3 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
100 gram serbuk koko
200ml susu segar coklat
coklat cip untuk hiasan *aku tak letak sebab takde. lagipun nak buat sample je. oh kedekut betol!*

Cara-cara:

Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang sampai kembang
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan tepung berselang seli dengan susu.
Masukkan dalam cup kertas 3/4 dari cup tu dan bakar pada suhu 160'c sampai masak *around 10-15 minutes la*

Dah siap...


Selamat mengetest. heh3

Kek Gula Hangus


Lama rasanya tak update blog. Wanita berkarisma, sibuk lah katakan. Cewah.. Wahaha.. Seronok dapat buat amal jariah bulan-bulan puasa ni. *Sebenarnya taknak ingat yang diri tengah berpuasa nanti rasa macam lama gila nak berbuka* Yelah, macam rajin pulak aku ni nak volunteer buat itu ini. 

So anyway, semalam kawan aku tanya resepi kek gula hangus. Aku yang masih jahil dalam dunia masakan ni pun bagilah resepinya. Kot-kot menjadi, alhamdulillah. Lepas tu dia ajak jugak lah aku buat kek tu. Mentang-mentang banyak lagi barang-barang kat rumah, laju je aku buat. Hasil sangat memberangsangkan. Wahaha.. Cuma dah nama pun kek gula hangus, memang manis sikit lah. Lepas ni nak buat kena kurangkan sikit gulanya.



Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega/marjerin
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila *saya letak sebab saya tak suka bau telur*

Cara-cara:

Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
Masak gula sampai warna perang, then masukkan air panas sikit-sikit. Sila hati-hati masa masukkan air panas sebab masa ni ia akan meletup-letup macam masukkan air dalam minyak panas.
Then kacau sebati dan masukkan mentega/marjerin.
Sejukkan.
Pukul telur sampai kembang.
Masukkan susu pekat. Kacau sampai sebati. Then masukkan tepung.
Adunan ni perlu diperap untuk menghasilkan banyak sarang semut. Hehe
Perap 3-4 jam Lepas tu baru boleh bakar pada suhu 160'C selama 50 minit atau sampai masak.


Ok tu je lah. Senang aje. Boleh cuba la untuk buka puasa nanti. Hikhik..

Friday, August 5, 2011

Ayam Bali




Bahan-bahan:

Ayam 6 ketul *potong kecil-kecil. kalau xnak potong pun boleh
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Serai 3 batang 
Daun limau purut
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan kasar
2 sudu besar serbuk kunyit
2-3 sudu besar cili boh *kalu suka pedas boleh letak cili padi*
Kicap pekat
Gula & garam secukup rasa
Asam keping
Daun kari

Cara-cara:

Kisar bawang, 2 batang serai, ketumbar dan jintan.
Bahan-bahan tersebut diperap bersama ayam dan kicap pekat dan cili boh.
Perap selama 1 jam.
Kemudian goreng ayam sahaja dengan minyak yang sederhana banyak
*jangan masukkan bahan-bahan yang dikisar tu. yama tu jangan goreng sampai garing. agak-agak dah masak je*
Kemudian baru masukkan bahan perapan tu, 1 batang serai yang diketuk, daun limau purut daun kari, dan asam keping.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Masak sampai naik bau.


Selamat Berbuka Puasa.
(^_^)

Thursday, August 4, 2011

Biskut Sagu


Kerajinan yang ada pada malam tadi membuatkan saya berjaya menghasilkan 2 balang biskut sagu. Yay!! Dah boleh raya...!





Bahan-bahan:

300gram tepung gandum
300gram tepung ubi kayu
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur B
120gram gula kastor
200gram margerin

Methods:

Ayak tepung gandum, tepung ubi kayu dan baking powder.
Pukul margerin dan gula kastor hingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji.
Masukkan tepung
Uli sampai jadi doh dan tak melekat di tangan.
Canaikan doh dan terap menggunakan acuan sesuka hati :p
Bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit.


Selamat mencuba!