Hai semua.. Minggu ni penat sikit. Makanya update pun lambat. Tak menyempat nyempat uols.. Ni pun naik menyampah tengok jari dan kuku ni. Sebab tadi tolong adik buat projek kelas dia. Buat gunung menggunakan tanah liat. Ha mahu tak bewarna warni kuku iols.. Meja tu tak payah cerita lah kan. Esok aje lah bersihkan.
Kelmarin dapat tempahan dari sorang akak ni yang nak buat birthday cake untuk anak dia, Nad. Nadia kot nama anaknya tu. Hihi memandai pulak. Kak Latifah order kek strawberry.
Untuk Adik Nad, selamat hari jadi akak ucapkan. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga menjadi anak yang baik umtuk mak ayah :)
Resepi kek strawberry ni boleh dikatakan menghasilkan kek yang gebu. Alhamdulillah. Nanti kat bawah saya selitkan resepinya. Tak salah kongsi sebab saya pun ambil resepi dari internet. Kalau resepi yang saya menuntut sendiri dari tuannya, minta maaf banyak-banyak tak dapat nak kongsikan. Kira fair lah kan. Hihi Unfortunately tak ingat iols ambil resepi tu dari mana >.<
Saya amatur. Tak berseni tangan nak decorate kek. Deco kek pun simple aje :(
Sorry sangat ye pelanggan-pelanggan saya.
Harap adik Nad jangan marah akak ye. Akak dalam proses nak improve lagi kesenian tangan. Ok moh ler tengok macamana nak bikin itu kek.
KEK STRAWBERRY
Bahan yang anda perlukan adalah:
5 biji telur gred A
125 g tepung gandum
1 camca teh baking powder*(*diayak 3 kali)
75 ml minyak jagung/sayur
160 g gula halus
15 g ovallate (lebih kurang 1 sdt merunjung)
2 camca besar susu segar
1 camca teh strawberry emulco
Mula-mula kita panaskan oven pada suhu 175°C. Lenser tin kek berukuran 8 inci atau 9
inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
Tuang gula halus bersama ovallate dalam mixing bowl, putar
hingga ovallate mesra bersama gula halus.
Masukkan kesemua 5 biji telur dan putar pada kelajuan
tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu. Ini mengambil masa yang agak lama. Jadi sila bersabar. Kalau tak, kek uols jawabnya ke laut.
Masukkan strawberry emulco dan putar hingga sebati. Pada
kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang
susu segar dan putar hingga rata.
Akhir sekali masukkan minyak jagung dan kaup balik hingga semuanya sebati.
Tuang dalam tin kek tadi dan bakar 25 – 30 minit hingga masak. Cucuk kek dengan lidi, kalau lidi bersih bermakna kek dah siap :)
Keluarkan serta merta dan terbalikkan tin atas redai (wire rack).
Biar kek sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik. Bila betul2 sejuk baru
tanggalkan tin. Sebelum terbalikkan atas redai, alas dengan baking paper untuk mengelakkan permukaan kek cedera.
Dengan pisau bergerigi, potong kek kepada 2 atau 3 bahagian yang
sama besar. Berhati-hati semasa memotong kek kerana kek ni lembut, nanti pecah tak pasal-pasal kan.
Cara paling senang nak potong kek kepada beberapa bahagian adalah dengan menggunakan cake leveler. Kalau tak ada, boleh gunakan cara lain. Klik SINI untuk cara lain.
Untuk krim, saya guna 300ml fresh cream. Tulisan tu guna strawberry filling dan yang warna coklat tu adalah ganache. Resepi coklat ganache ada kat SINI.
Sebelum pukul krim putar, elok lah tunggu kek betul-betul sejuk. Kalau tak nanti fresh cream akan cepat cair dan hasilnya tak smooth.
Kita mulakan proses melepa kek.
Letak satu keping kek atas papan kek, sapu rata krim putar dan ratakan. Tindih dengan lapisan kek kedua dan buat
kaedah yang sama. Dan akhir sekali letakkan potongan kek terakhir. Sapu
keseluruhan kek dengan krin putar dan hias ikut kreativiti masing-masing.
Bergantung pada masing-masing nak buat 2 layer atau 3 layer tau 4 layer.
Kak Latifah turut menempah Apam Polkadot, Puding Karamel dan juga Polkadot Swiss Roll.
Apam polkadot
Puding Karamel
Polkadot Swiss Roll
Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment