Lovely Friends

Sunday, June 16, 2013

Kek untuk Hadif Affan


Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bernafas hingga ke saat ini.


Minggu lepas sedikit sibuk. Nak cari rezeki bukan mudah zaman sekarang. Duit bukan datang bergolek adik kakak oi.. Kena kerja keras untuk dapat sesuatu. Kalau tak rajin, payah hidup. Yelah, takkan nak harap orang simpati kat kita selalu. Diorang pun banyak komitmen lain.

Minggu lepas sepupu kepada sepupu saya (kira macam mana ek dengan saya ni? Hihi) minta saya buatkan kek untuk hari jadi anaknya yang pertama, Mohammad Hadif Affan. Diminta untuk dilukiskan gambar Upin dan Ipin kat atas kek tu. Benda pertama yang saya terfikir adalah dengan menggunakan teknik Frozen Buttercream Transfer dari Wilton. Yang belon-belon tu adalah biskut coklat.

Buttercream yang saya guna untuk lukis Upin Ipin tu, sebelum ni (kalau tak silap tahun lepas) saya pernah buat gambar Angry Bird.  Tapi yang silapnya saya pergi letak dalam freezer pulak. Makanya, bila dah letak atas kek, faham-faham jelah bila kita letak apa-apa dalam freezer kan. Ia berpeluh. Sangat tak cantik Angry Bird saya masa tu. So, saya ganti dengan icing angry bird yang keras tu. Beli je kat bakery.


Sebenarnya besar sungguh tanggungjawab nak buatkan kek orang ni. Masa mula-mula dulu memang takut. Bukan apa, takut apa yang kita buat tak dapat puaskan hati orang lain. Ya, memang kita buat sebiji ikut resepi, tapi air tangan masing-masing lain. Sebab tu kek yang sama tapi orang lain buat, lain rasanya.

Bab tulisan saya memang failed !
Untuk kek Hadif, maknya nak kek coklat. Kebetulan saya memang ada cuba kek span coklat dari Rahel yang memang sedap. Serious ni. Untuk kek hari jadi kali ni, tugas saya berat sikit sebab kena buat kek yang besar. Cuak den nak buat kek besar-besar ni. Bila belek-belek loyang square kat rumah, yang paling besar ada 9.5 inci aje. Oh mati aku, macamana nak bikin kek besar ni??

Lepas tu google punya google, dapat lah idea. Kek dibuat beberapa adunan bergantung kepada kebesaran kek yang kita nak buat, kemudian dipotong mengikut bentuk yang kita nak dan cantumkan. Alhamdulillah. Akhirnya siap juga kek nombor satu yang besar ni!

Kek nombor satu ni besarnya lebih kurang 20 inci. Beratnya lebih kurang 3 kg. Mungkin lebih. Anggaran mcm tu lah. Kalau guna Kek Coklat Moist, lagi berat kek tu.


Untuk icing, saya guna buttercream. Kalau tengok faktor cuaca sekarang ni, lebih sesuai dilepa dengan buttercream. Panas kot. Lagi pun, perjalanan nak bawa kek dari rumah saya nak ke rumah sepupu tu agak jauh. Jadi wajarlah guna buttercream, tahan panas. Maknya Hadif pun nak topping buttercream. Alhamdulillah bila sampai kat rumahnya, kek tu ok je. Ok jom tengok resepi.


KEK SPAN COKLAT
Resepi dari BlogRahel

200g tepung kek/tepung superfine
180gm gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40gm serbuk coklat (diayak)
20gm ovallet (lebih kurang 1 sdt)
6 biji telur gred A
1 sdt baking powder
1 sdt esen vanilla

Panaskan oven pada suhu 180°C. Sediakan loyang 9 inci. Lenserkan seluruh loyang kek dengan sedikit minyak. Alaskan dasarnya dengan baking paper. Ketepikan.

Dalam resepi asal tak suruh ayak tepung. Tapi saya ayak tepung bersama baking powder.

Dalam bekas besar, satukan gula, ovallet, telur, tepung dan baking powder. Pukul hingga kembang dan ringan dengan kelajuan sederhana kuat selama 5 minit.

Perlahankan mixer, masukkan serbuk koko, esen vanila dan juga susu segar. Pukul lagi selama 5 minit. Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balik hingga sempurna.

Tuang dalam Loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Bila kek dah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan atas redai yang telah dialas dengan baking paper. Ini untuk mengelakkan permukaan kek cedera.

Bila bakar kek span kena cepat-cepat terbalikkan sebab takut nanti kek tu penyek pulak.. Nanti kek tak jadi kan dah rugi.

Sementara tunggu kek masak tu, boleh lah sediakan buttercream.


BUTTERCREAM
Resepi dari HaSue

450gm creamwell (saya guna 500gm)
50gm mentega (saya tak letak)
300gm gula aising (saya guna 200gm gula aising, 100gm golden syrup)
1 sdb susu pekat
1 sdt esen vanilla (kalau boleh guna esen vanilla yang warna putih)
½ sdt butter oil

*PENTING: Sila ayak gula aising 3-4 kali untuk mendapatkan gula aising yang halus.


Pukul creamwell dan mentega hingga berkrim. Masukkan gula aising (dan golden syrup) dan susu pekat dan pukul lagi hingga betul-betul kembang dan putih. Sabar ye, step ni makan masa sikit kalau nak buttercream anda cantik.

Bila dah kembang, masukkan esen vanilla dan butter oil. Pukul hingga sebati dan boleh lah digunakan dan boleh letak warna yang siingini. TAPI ingat ! Hanya guna pewarna yang oil-based je tau. Kalau guna water-based, nanti pewarna tak sebati dengan buttercream.


So, selamat mencuba ye kawan-kawan !
*Buttercream ni sedap



No comments:

Post a Comment