Lovely Friends

Tuesday, June 25, 2013

Rainbow Cake



Setelah seminggu lebih kita berjerebu, hari ni Allah turunkan hujan dibumi Malaysia. Alhamdulillah syukur. Nampak juga kat status Facebook masing-masing bercerita pasal hujan kat tempat diorang. Syukran Ya Allah.

Syukur juga di kesempatan ini saya sempat lagi buat kek. Hehe.. Tak tahu lah dari semalam tekak ni teragak sangat nak makan rainbow cake. Kalau nak beli memang payah nak cari kat Segamat ni. Lagipun saya memang dah tak beli kek dan roti kat kedai kek. Rasa macam was-was sebab kat Segamat ni rasanya banyak kedai kek non-muslim. Baru beberapa minggu lepas saya nampak ada kedai kek baru, kemungkinan besar milik orang Islam. Tapi belum pergi lagi.Hihi..




Resepi kali ni saya ambil dari blog Rahel. She’s one of my favorite blogger. Hihi.. Rasa kek yang begitu enak ni membuatkan saya susah betul nak berhenti makan. Lepas suap, suap lagi, lepas tu suap lagi. Makan tak ingat dunia uols…


Untuk topping, saya guna fresh cream. Disebabkan malas nak bancuh buttercream, maka ambil jalan mudah je lah.. Tapi lukisan warna warni tu guna buttercream. Ada balance kat dalam peti, guna jelah. Daripada ke perut tong sampah kan..


RAINBOW CAKE
Resepi dari Rahel

250gm mentega
200gm gula
4 biji telur gred A
*220gm tepung kek
*1 sdt baking powder
5 sdb susu segar
1 sdt esen vanilla
Pewarna – ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah

Tapaukan adik nak balik asrama.

Sediakan dua loyang 6” atau 7”. Sapu dengan mentega dan alas dengan baking paper. Ketepikan. Panaskan oven pada suhu 170°C.

Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.

Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan pula telur sebiji demi sebiji. Kalau nak senang kerja, pecahkan telur dalam satu mangkuk. Masa tengah pukul butter tu, masukkan telur.

Masukkan esen vanilla dan putar hingga sebati.

Masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis.

Tepung – Susu – Tepung – Susu – Tepung

Timbang adunan kepada 6 bahagian. Kalau malas nak timbang, Agak-agak je lah. Kemudian warnakan setiap adunan dengan warna kesukaan anda.

Bakar adunan selama 20 minit setiap satu. Kalau oven boleh muat 2 loyang sekali gus lagi elok. Cepat sikit proses membakar kek.

Bila kek dah masak, terbalikkan atas redai. Tunggu semua lapisan sejuk baru boleh lepa dengan krim.

Kalau boleh, kertas buat alas kek tu jangan dibuang. Boleh alas kek masa dah sejuk. Kalau tak alas, nanti kek rosak dan melekat antara satu sama lain.



FRESH CREAM FROSTING

300ml non-dairy whipping cream

Putar bahan diatas hingga kental dan sedia dilepa atas kek. Hiaslah mengikut kreativiti anda J






Friday, June 21, 2013

Tart gulung


Selamat petang semua.

Minum petang hari ni air kosong dengan karipap dan wade. Oh sedap betul kuih makcik tu jual. Lepas satu, satu ngap. Lepas tu kena stop sebab takut orang lain tak merasa. Hahaha.. Hantu karipap memang macam ni.

Sekejap je kita dah nak sambut bulan mulia, bulan Ramadhan. Ya Allah, rindu betul nak pergi terawih, nak bangun sahur ramai-ramai, masak juadah berbuka. Rindu sangat. Semoga panjang umur dapat sambut Ramadhan tahun ni dengan lebih ikhlas dan khusyuk.



Dalam duk fikir bulan Ramadhan, dah mula rancang nak buat kuih raya apa tahun ni. Tart gulung nenas tu wajibun. Sampai adik saya kata, “Kak, nanti kuih ni buat banyak. Takut nanti tak sempat raya.” Amboi-amboi… Kalau tak sempat raya tu, kerja dial ah tu. Tak syak lagi!

Tahun lepas dia makan kuih tart Mak Long Timah sampai sakit perut. Mana tak nya, sebekas tu dia menghadap sorang.

KUIH TART GULUNG NENAS
Resepi dari Kak Aznim

Bahan-bahan pastry:

4 oz @ 115 gram butter
4oz @ 115 gram minyak sapi
1 biji telur gred B
1 lb @ 450 gram tepung gandum
Sedikit garam
Air sejuk


Pecahkan telur di dalam bekas adunan.
Masukkan butter dan minyak sapi.
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Letak air sejuk sikit-sikit, sampai jadi doh.

Guna acuan tart gulung.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda. Nak buat taru gulung boleh, tart biasa boleh, tart yg gunting pon boleh.

Kemudian bakar pada suhu 170°C selama 20 - 25 minit.


Bahan inti:

Boleh guna inti nenas yang ready made atau pun homemade.

10 biji nenas - di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning

Buang kulit nenas, buang matanya dan sagat.
Kacau nenas dan gula.
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dengan api yang perlahan. 


Kalau yang agak tak rajin nak buat, meh order dengan saya. RM28 untuk 50 biji. Jangan malu jangan segan, boleh hubungi saya kat Facebook ye. Tata~



Tuesday, June 18, 2013

Catalog

I made a simple catalog for you. If you have any suggestion, you can kindly let me know :) I really appreciate your kindness. I will update my catalog soon.

Mom's Kitchen Catalog

Checkered Cake


Hai guys and gals.. Hari tu lupa nak update pasal satu entry ni. So this gonna be quick update.

Checkered Cake. Masa mula-mula buat dulu, buat suka-suka je. Buat makan-makan sekeluarga. Lepas tu, minggu lepas ada cikgu kat sekolah adik order kek ni.

CHECKERED CAKE



 Masa first time buat Checkered Cake. Cincai-cincai je hiasnya.. Berterabur susunan mak nak.. 



Terima kasih banyak kepada semua yang order. Terima kasih juga sebab percayakan kebolehan saya. Sedikit sebanyak dapat saya menambah ilmu dan mengasah bakat. Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati kalian.





 Tak dapat tengok dalamnya. Orang punya. Hihi

Resepi saya ambil dari blog Kak Ita. Untuk frosting, saya guna fresh cream jenama Rich yang kotak putih gold. Dapat juga akhirnya beli fresh cream ni. Setiap kali pergi bakery tu, tak ada. Rezeki saya hari tu. Fresh cream Rich ni sedap, kalau nak dibandingkan dengan jenama yang saya biasa guna, Vivo. Kedua-duanya ada perbezaan. 

Pinjam gambar Kak Ita

Jenama Rich ni harganya lebih mahal berbanding fresh cream lain. Kualiti bagus mesti lah harga pun tinggi ye tak? Tapi ianya cepat cair kalau lambat digunakan.



Jenama Vivo yang biasa saya guna tu harhanya lebih murah. Dan ia tahan sikit la kalau lambat guna. So kalau nak ikut sedap, Rich lagi sedap, brand Vivo ni sedap jugak.



Berdasarkan pandangan peribadi saya, saya lebih suka guna Vivo sebab lepas pukul tu dia macam lamabat sikit nak cair. Yelah, saya kena ambil kira beberapa faktor. Lagipun saya masih belajar, so lambat sikit lah nak hias kek ni.

Kek yang atas sekali tu guna fresh cream brand Vivo. Nampak la smooth sikit dari yang ada strawberry tu kan. Tu lah saya kata, kalau guna Rich, kena guna cepat-cepat, kalau tak, kek jadi tak cantik dan susah nak sapu fresh cream tu. Orang professional boleh lah guna Rich sebab tangan laju je lepa kek. Hihi






Sunday, June 16, 2013

Kek untuk Hadif Affan


Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bernafas hingga ke saat ini.


Minggu lepas sedikit sibuk. Nak cari rezeki bukan mudah zaman sekarang. Duit bukan datang bergolek adik kakak oi.. Kena kerja keras untuk dapat sesuatu. Kalau tak rajin, payah hidup. Yelah, takkan nak harap orang simpati kat kita selalu. Diorang pun banyak komitmen lain.

Minggu lepas sepupu kepada sepupu saya (kira macam mana ek dengan saya ni? Hihi) minta saya buatkan kek untuk hari jadi anaknya yang pertama, Mohammad Hadif Affan. Diminta untuk dilukiskan gambar Upin dan Ipin kat atas kek tu. Benda pertama yang saya terfikir adalah dengan menggunakan teknik Frozen Buttercream Transfer dari Wilton. Yang belon-belon tu adalah biskut coklat.

Buttercream yang saya guna untuk lukis Upin Ipin tu, sebelum ni (kalau tak silap tahun lepas) saya pernah buat gambar Angry Bird.  Tapi yang silapnya saya pergi letak dalam freezer pulak. Makanya, bila dah letak atas kek, faham-faham jelah bila kita letak apa-apa dalam freezer kan. Ia berpeluh. Sangat tak cantik Angry Bird saya masa tu. So, saya ganti dengan icing angry bird yang keras tu. Beli je kat bakery.


Sebenarnya besar sungguh tanggungjawab nak buatkan kek orang ni. Masa mula-mula dulu memang takut. Bukan apa, takut apa yang kita buat tak dapat puaskan hati orang lain. Ya, memang kita buat sebiji ikut resepi, tapi air tangan masing-masing lain. Sebab tu kek yang sama tapi orang lain buat, lain rasanya.

Bab tulisan saya memang failed !
Untuk kek Hadif, maknya nak kek coklat. Kebetulan saya memang ada cuba kek span coklat dari Rahel yang memang sedap. Serious ni. Untuk kek hari jadi kali ni, tugas saya berat sikit sebab kena buat kek yang besar. Cuak den nak buat kek besar-besar ni. Bila belek-belek loyang square kat rumah, yang paling besar ada 9.5 inci aje. Oh mati aku, macamana nak bikin kek besar ni??

Lepas tu google punya google, dapat lah idea. Kek dibuat beberapa adunan bergantung kepada kebesaran kek yang kita nak buat, kemudian dipotong mengikut bentuk yang kita nak dan cantumkan. Alhamdulillah. Akhirnya siap juga kek nombor satu yang besar ni!

Kek nombor satu ni besarnya lebih kurang 20 inci. Beratnya lebih kurang 3 kg. Mungkin lebih. Anggaran mcm tu lah. Kalau guna Kek Coklat Moist, lagi berat kek tu.


Untuk icing, saya guna buttercream. Kalau tengok faktor cuaca sekarang ni, lebih sesuai dilepa dengan buttercream. Panas kot. Lagi pun, perjalanan nak bawa kek dari rumah saya nak ke rumah sepupu tu agak jauh. Jadi wajarlah guna buttercream, tahan panas. Maknya Hadif pun nak topping buttercream. Alhamdulillah bila sampai kat rumahnya, kek tu ok je. Ok jom tengok resepi.


KEK SPAN COKLAT
Resepi dari BlogRahel

200g tepung kek/tepung superfine
180gm gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40gm serbuk coklat (diayak)
20gm ovallet (lebih kurang 1 sdt)
6 biji telur gred A
1 sdt baking powder
1 sdt esen vanilla

Panaskan oven pada suhu 180°C. Sediakan loyang 9 inci. Lenserkan seluruh loyang kek dengan sedikit minyak. Alaskan dasarnya dengan baking paper. Ketepikan.

Dalam resepi asal tak suruh ayak tepung. Tapi saya ayak tepung bersama baking powder.

Dalam bekas besar, satukan gula, ovallet, telur, tepung dan baking powder. Pukul hingga kembang dan ringan dengan kelajuan sederhana kuat selama 5 minit.

Perlahankan mixer, masukkan serbuk koko, esen vanila dan juga susu segar. Pukul lagi selama 5 minit. Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balik hingga sempurna.

Tuang dalam Loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Bila kek dah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan atas redai yang telah dialas dengan baking paper. Ini untuk mengelakkan permukaan kek cedera.

Bila bakar kek span kena cepat-cepat terbalikkan sebab takut nanti kek tu penyek pulak.. Nanti kek tak jadi kan dah rugi.

Sementara tunggu kek masak tu, boleh lah sediakan buttercream.


BUTTERCREAM
Resepi dari HaSue

450gm creamwell (saya guna 500gm)
50gm mentega (saya tak letak)
300gm gula aising (saya guna 200gm gula aising, 100gm golden syrup)
1 sdb susu pekat
1 sdt esen vanilla (kalau boleh guna esen vanilla yang warna putih)
½ sdt butter oil

*PENTING: Sila ayak gula aising 3-4 kali untuk mendapatkan gula aising yang halus.


Pukul creamwell dan mentega hingga berkrim. Masukkan gula aising (dan golden syrup) dan susu pekat dan pukul lagi hingga betul-betul kembang dan putih. Sabar ye, step ni makan masa sikit kalau nak buttercream anda cantik.

Bila dah kembang, masukkan esen vanilla dan butter oil. Pukul hingga sebati dan boleh lah digunakan dan boleh letak warna yang siingini. TAPI ingat ! Hanya guna pewarna yang oil-based je tau. Kalau guna water-based, nanti pewarna tak sebati dengan buttercream.


So, selamat mencuba ye kawan-kawan !
*Buttercream ni sedap



Thursday, June 13, 2013

Happy Birthday Nad


Hai semua.. Minggu ni penat sikit. Makanya update pun lambat. Tak menyempat nyempat uols.. Ni pun naik menyampah tengok jari dan kuku ni. Sebab tadi tolong adik buat projek kelas dia. Buat gunung menggunakan tanah liat. Ha mahu tak bewarna warni kuku iols.. Meja tu tak payah cerita lah kan. Esok aje lah bersihkan.

Kelmarin dapat tempahan dari sorang akak ni yang nak buat birthday cake untuk anak dia, Nad. Nadia kot nama anaknya tu. Hihi memandai pulak. Kak Latifah order kek strawberry. 

Untuk Adik Nad, selamat hari jadi akak ucapkan. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga menjadi anak yang baik umtuk mak ayah :)



Resepi kek strawberry ni boleh dikatakan menghasilkan kek yang gebu. Alhamdulillah. Nanti kat bawah saya selitkan resepinya. Tak salah kongsi sebab saya pun ambil resepi dari internet. Kalau resepi yang saya menuntut sendiri dari tuannya, minta maaf banyak-banyak tak dapat nak kongsikan. Kira fair lah kan. Hihi Unfortunately tak ingat iols ambil resepi tu dari mana >.<

Saya amatur. Tak berseni tangan nak decorate kek. Deco kek pun simple aje :(
Sorry sangat ye pelanggan-pelanggan saya.

Harap adik Nad jangan marah akak ye. Akak dalam proses nak improve lagi kesenian tangan. Ok moh ler tengok macamana nak bikin itu kek.


KEK STRAWBERRY

Bahan yang anda perlukan adalah:

5 biji telur gred A
125 g tepung gandum
1 camca teh baking powder*(*diayak 3 kali)
75 ml minyak jagung/sayur
160 g gula halus
15 g ovallate (lebih kurang 1 sdt merunjung)
 2 camca besar susu segar
1 camca teh strawberry emulco


Mula-mula kita panaskan oven pada suhu 175°C. Lenser tin kek berukuran 8 inci atau 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
Tuang gula halus bersama ovallate dalam mixing bowl, putar hingga ovallate mesra bersama gula halus.
Masukkan kesemua 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu. Ini mengambil masa yang agak lama. Jadi sila bersabar. Kalau tak, kek uols jawabnya ke laut.

Masukkan strawberry emulco dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang susu segar dan putar hingga rata.
 Akhir sekali masukkan minyak jagung dan kaup balik hingga semuanya sebati.
 Tuang dalam tin kek tadi dan bakar 25 – 30 minit hingga masak. Cucuk kek dengan lidi, kalau lidi bersih bermakna kek dah siap :)

Keluarkan serta merta dan terbalikkan tin atas redai (wire rack). Biar kek sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik. Bila betul2 sejuk baru tanggalkan tin. Sebelum terbalikkan atas redai, alas dengan baking paper untuk mengelakkan permukaan kek cedera.


Dengan pisau bergerigi, potong kek kepada 2 atau 3 bahagian yang sama besar. Berhati-hati semasa memotong kek kerana kek ni lembut, nanti pecah tak pasal-pasal kan.

 Cara paling senang nak potong kek kepada beberapa bahagian adalah dengan menggunakan cake leveler. Kalau tak ada, boleh gunakan cara lain. Klik SINI untuk cara lain.

Untuk krim, saya guna 300ml fresh cream. Tulisan tu guna strawberry filling dan yang warna coklat tu adalah ganache. Resepi coklat ganache ada kat SINI.

Sebelum pukul krim putar, elok lah tunggu kek betul-betul sejuk. Kalau tak nanti fresh cream akan cepat cair dan hasilnya tak smooth.

Kita mulakan proses melepa kek.
Letak satu keping kek atas papan kek, sapu rata krim putar dan ratakan. Tindih dengan lapisan kek kedua dan buat kaedah yang sama. Dan akhir sekali letakkan potongan kek terakhir. Sapu keseluruhan kek dengan krin putar dan hias ikut kreativiti masing-masing. 

Bergantung pada masing-masing nak buat 2 layer atau 3 layer tau 4 layer.

Kak Latifah turut menempah Apam Polkadot, Puding Karamel dan juga Polkadot Swiss Roll.

Apam polkadot

Puding Karamel

Polkadot Swiss Roll

Jumpa lagi!


Tuesday, June 4, 2013

When kids decorating a cake: Snow Cheese Cake


Good morning lovely friends. Dah breakfast ke?Hari ni apa plan? Komfem ni ramai yang nak berjalan sakan dengan family. Cuti sekolah tak habis lagi kan. Ha ni lah masanya nak spend time dengan family. Hari biasa masing-masing sibuk, ye tak?

Petang semalam buat kek. Lepas tu yang decorate cake adalah seorang budak 13 tahu. Lepas lepa kek dengan cream tu, biarkan aje dia buat. Lepas tu tengok dalam peti sejuk, dah bantai tergelak disebabkan ini;


Memang nak gelak kan.. Hahaha Ingatkan tulis Happy Birthday ke, I love You ke.. Dia tulis 'HAI SEDAP' Motif?? Hahaha

Ok cukup cukup. Penat gelak. Untuk SNow Cheese Cake ni saya tak ikut resepi sangat sebab buat ikut bahan yang ada dalam peti je. Untuk frosting, saya guna cream cheese dikaup balik dengan whipping cream. Dan tak letak parutan keju cheddar sebab tak ada.

 Jom intai resepi.

SNOW CHEESE CAKE

Resepi dari Rahel

BAHAN-BAHAN

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya, maknanya 6 kuning, 4 putih)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
60g tepung jagung (maizena)
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)

Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter. (Saya guna loyang 7 inci)
Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan suhu 150°C.
Bila sudah masak biarkan sejuk.

Sementara kek masak, bolehlah kita sediakan cream.

BAHAN KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis

TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parut halus)


Untuk proses melepa kek, ambil pisau kek dan potong kek supaya menjadi dua kepingan sama besar. Ikutlah nak potong dua ke tiga. Letakkan lapisan kek pertama atas papan kek. Untuk memudahkan proses melepa kek, sebelum letak kek atas papan kek, sapu sikit papan tu dengan krim supaya kek tak mudah teralih.
Lepas tu sapukan krim atas lapisan pertama dan letak lapisan yang kedua. Kalau buat 3 lapisan, buat sampai lapisan yang terakhir. Kemudian bolehlah salut keseluruhan kek dengan krim.

Keju cheddar yang diparut tadi ditabur ke keseluruhan kek.
Dah siap. Sejukkan dalam peti dan boleh lah makan.


Frosting yang saya guna untuk resepi ni saya bedal sendiri je.

200ml whipping cream
100gm cream cheese
3 sdb susu pekat

Pukul chream cheese dan susu pekat hingga kembang. Ketepikan
Pukul whipping cream hingga kental.
Kaup balik kedua-dua bahan hingga sebati dan sedia untuk digunakan.


Selamat mencuba!


Sunday, June 2, 2013

Mexican Yellow Rice


Hi guys.. Good morning. What do you have for breakfast today? Nasi lemak? Roti canai? Nasi kerabu atau nasi berlauk? Oh really miss nasi berlauk Cik Ana kat Kelantan. Seriously sedap. Really miss Kelantan's food. Hihi

Mostly orang Johor jarang makan nasi pagi-pagi except nasi lemak. Kadang-kadang tu makan nasi lemak, letak ayam lagi, campur bihun lagi. Ada lah orang tu kan :p *If you read this, then I'm sorry. Hihi* Tapi untuk orang luar yang dah lama duduk Kelantan, maybe mereka dah biasa makan berat pagi hari.

Anyway, today I made Mexican Yellow Rice for breakfast. It's delicious. HOWEVER, I put a bit much salt. By accident. So, it is a bit salty. I took the recipe from Laura's website. Love most of her recipe. I've tried a few and some of it works out but some of them are disaster. Hewhewhew.

This recipe is very easy. All the ingredients, I'm sure you'll have it in your kitchen. So, let's get started!


MEXICAN YELLOW RICE

Recipe: Laura In The Kitchen

You will need:

1 cup of Long Grain Rice
2 Tbsp of Light Olive Oil
1 Small Onion, finely diced
1 Small Red Bell Pepper, seeded and finely diced
1 8oz can of Tomato Sauce *I only used a bit, about 6 tablespoon*
1 ½ cups of Chicken Stock
½ tsp of Ground Tumeric
½ tsp of Ground Cumin
1 tsp of Granulated Garlic
½ tsp of Oregano
4 Cloves of Garlic, minced
Salt and Pepper, to taste

In a saucepan, add the olive oil along with the onion, bell pepper and garlic and let them cook together over medium heat until the onion becomes translucent.

Add the rice, stir it around with the onion mixture for about a minute. 

Add the tomato sauce, chicken stock, tumeric, cumin, oregano, granulated garlic, salt and pepper. 

Place a lid on the pot, reduce the heat to medium low and simmer for about 15 to 20 minutes or until the rice is tender. 

Fluff it up with a fork and serve it right away! 

TRANSLATION BELOW



BAHAN-BAHAN

1 cawan beras Basmathi (ikut citarasa masing-masing nak guna beras apa)
2 sudu besar minyak zaitun
1 labu bawang kecil - dipotong dadu
1 tangkai cili merah - dipotong dadu
8 oz (220gm) sos tomato
1 ½ cawan stok ayam (kalau agak-agak kurang air, tambah ye)
½ sdt serbuk kunyit
½ sdt serbuk jintan halus
1 sdt serbuk bawang putih
½ sdt oregano
4 ulas bawang putih - dicincang
Garam dan lada hitam secukup rasa

Tumiskan bawang, cili dan bawang putih sehingga layu.

Masukkan beras yang telah dicuci bersih. Gaul hingga beras sebati dengan bahan tumis.

Kemudian masukkan stok ayam, sos tomato, serbuk kunyit, serbuk jintan, serbuk bawang putih, oregano, dan serbuk bawang putih. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

Kacau sebati dan tutup periuk. Masak dengan api sederhana kecil selama lebih kurang 20 hingga 30  minit.


Selamat mencuba !