Lovely Friends

Sunday, September 16, 2012

Kek Lapis Hawflakes


Assalamualaikum. Selamat Hari Malaysia! Proud to be Malaysian. Hehe..

Bila dah bekerja, cuti adalah satu perkara yang sangat dinantikan. Horey horey lah kan. Mahu taknya, 8 pagi sampai 6 petang. Balik dah terbongkang. Kalau kerja menimbun lagi penat. Makan banayk pun berat maintain. Lalala~

Lama dah bercuti dari main tepung, semalam dapat jugak akhirnya. Esok pun ada projek juga. Memang tak reti duduk diam. Rugi masa kalau dibiarkan tak terisi dengan bernda-benda berfaedah :)

Masa buat kek ni teringat Kak Ely. Dia minta bsaya buatkan tapi saya tak sure selamat ke tak nak pos ke JB. Taku hancur pulak. Belum try lagi pos kek. Mungkin boleh. InshaAllah. Hihihi..

Macam biasa, resepi dari blogger favourite saya, Kak Ita

Masa dah kukus kek ni tiba-tiba loyang macam dah tak boleh nak isi lagi adunan. Oh nom nom nom.
 T.T Gelabah den. Dengan menggunakan kreativiti yang tersimpan, maka adunan yang lebih tu dibuat dalam loyang lain dan kemudian dicantumkan dengan yg dalam loyang lagi satu. Oh yeah! Problem fixed. 

Anyway, kek ni sedap. Tambah lagi warna warni 1 Malaysia pula tu. Ohohooi..


Kek versi Kak Ita buat ada 2 jenis. Tapi demi untuk menjimatkan masa, saya buat satu je.

Kek Kukus Velvet Hawflakes
From: Kak Ita


Bahan-bahan

5 biji telur grade A yg sejuk dari peti ais 
225 g gula halus atau 
220 g tepung gandum
1 sk rata baking powder
1 sb ovalette 
150 ml susu cair 
1/2 sk garam 
100 ml minyak jagung/masak 
1 sk esen vanilla 
pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru & ungu *Ikut suka nak buat warna apa*
secukup hawflakes



Cara-cara


1. Panaskan kukusan.
2. Sediakan loyang 8x8 inci.
3. Sapukan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper.
4. Ayak tepung dan baking powder.
5. Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
6. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
6. Kemudian masukkan minyak jagung atau minyak masak dan gaul adunan secara kaup balik dengan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.
7. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut kesesuaian dan warna yang kita suka.
8. Warnakan setiap adunan. Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan.
9. Susunkan kepingan hawflakes atas lapisan pertama dan kukus lapisan pertama selama 5-7 minit
10. Buat kaedah yang sama sehingga habis setiap lapisan.
11. Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara keseluruhannya.
12. Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit. Kemudian terbalikkan atas redai dan biarkan kek sejuk sepenuhnya.

Versi saya buat setakat ini saja. Kalau tengok dalam blog Kak Ita, dia gabungkan 2 resepi. So creative Kak Ita. Hihi..

Ok selamat mencuba ye..




Thursday, August 9, 2012

My Checkered Cake


Assalamualaikum.

Salam Ramadan!

Pejam celik pejam celik dah dah 3 minggu kita menjalani ibadah puasa. Cepatnya masa berlalu.. Dah nak raya dah pun. Semua persiapan ada yang dah siap ke.. Hihi.. Rezeki saya agaknya tahun ni baju raya berlambak. Kelaasss kau!

Tapi dalam pada baju raya dah siap tu, kuih raya satu pun belum bersentuh lagi. Minggu lepas aje buat tester. Kenalah buat tester kot-kot tak sedap kan.. Nanti sape pulak nak mengabiskannya..

Dua minggu lepas saya dan adik order ring cutter. Semata-mata nak buat Checkered Cake! Kalau dah jumpa benda yang menarik dihati, kalau mampu saya akan dapatkan jugak. Alhamdulillah sampai jugak ring cutter saya. Makanya, Sabtu lepas terjadilah Checkered Cake saya untuk pertama kalinya.. Alhamdulillah..




Dengan hati yang sangat excited, terus buat kek hari Sabtu lepas kerja. Hehe.. Punyalah tak sabar nak guna ring cutter baru.

Bila cakap pasal Checkered Cake kat orang, ramai yang tak faham bila saya terangkan kek tu rupa macamana. Saya memang fail bab-bab menerangkan kat orang ni. Memang tak boleh jadi cikgu. Haih!

Pertama kali tengok Checkered Cake kat blog Kak Ita. Saya memang pengikut setia blog Kak Ita ni. Tengok aje gambar-gambar kat blog dia boleh buat kita terliur. Nak-nak lagi time puasa ni. Aduhai..



Ok mari tengok resepinya.

Checkered Cake
Resepi: Kak Ita

Kek Putih

190 gm telur - anggaran 4 biji di buang tali pusatnya.
110 gm gula castor
70 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
30 gm butter
20 ml susu segar
1 sudu teh esen vanila

Susu segar dipanaskan atas dapur. 
Bila dah suam masukkan butter.
Biarkan butter mencair
Kemudian tambahkan esen vanila.

Kek Coklat

190gm telur - anggaran 4 biji telur di buang tali pusatnya
110 gm gula castor
60 gm tepung gandum
10 gm tepung jagung
20 gm serbuk koko
20 gm butter
20 ml susu segar

Sama juga seperti kek putih.
Susu segar dipanaskan atas dapur.
Bila dah suam masukkan butter.
Biarkan butter mencair.

Apa perlu buat seterusnya?

1. Loyang berukuran 7 inci.
2. Alas loyang dengan kertas minyak.
3. Lapik tepi loyang dengan kertas minyak juga.
4. JANGAN di sapu dengan butter. (tapi saya sapu sikit sebab tak confident yang kertas tu tak akan melekat pada kek. Hihi)
5. Bila dah siap, ketepikan.
6. Panaskan oven pada suhu 190C. Ita panaskan pada suhu 180C. (Suhu oven bergantung kepada kepanaskan oven dan mengikut juga jangka hayat oven itu di gunakan.)

Langkah 1:
1. Masak air dalam periuk yang kecil. Biar air mendidih.
2. Dengan menggunakan mangkuk yang lebih besar dari periuk tadi, pecahkan telur dan masukkan gula dalam mangkuk tersebut.
3. Letakkan mangkuk yang berisi gula dan telur di atas periuk yang telah mendidih airnya. (ni kaedah DOUBLE BOILER)
4. Dengan menggunakan mixer, mulakan proses memukul telur dan gula secara double boiler tadi.
5. Terus memukul sehingga adunan telur agak suam-suam kuku.
6. Bila adunan dah mencapai suhu badan, tutup api.
7. Alihkan mangkuk dari periuk tadi dan terus memukul adunan telur sehingga ia menjadi ringan dan gebu. (Ambil masa juga nak pukul adunan ni sampai gebu)




Langkah 2:
1. Ayak tepung gandum, dan tepung jagung ke dalam adunan.
2. Kemudian kaup balikkan perlahan-lahan adunan tersebut. Gunakan spatula sahaja. Jangan guna mixer. Takut adunan terlebih pukul, nanti kek tak naik.

Langkah 3:
1. Tuangkan susu dan butter yang telah dicairkan tadi.
2. Kaupbalik lagi hingga sebati.
3. Masukkan adunan dalam loyang.
4. Hentak sekali loyang tu untuk keluarkan gelembung-gelembung udara dalam kek tu. Tapi jangan kuat sangat.
5. Bakar pada suhu 180'C dengan menggunakan api bawah sahaja.
6. Bila dah masak, cepat-cepat terbalikkan atas redai dah sejukkan.

BUAT LANGKAH YANG SAMA UNTUK KEK COKLAT

Cara-cara melapis kek:

1. Gunakan cutter ring bulat untuk memotong kek kepada bentuk bulatan.
2. Bila dah potong kek bulat-bulat tu, susun kek berselang seli antara kek coklat dan kek putih. Buat hingga mendapat 6 lapisan kek.
3. Mulakan dengan lapisan luar yang besar.
4. Susun atas lapik kek. Sapukan buttercream di sekeliling dalam lubang kek.
5. Masukkan satu lagi lapisan kek coklat di dalam kek putih.
5. Sapukan buttercream lagi. (Ini adalah untuk melekatkan kek antara satu sama lain)
6. Ulang lagi proses yang sama berselang seli antara kek putih dan kek coklat.
7. Selepas tu sapukan dan ratakan buttercream di atas kek.
8. Ulang langkah yang sama berselang seli setiap lapisan.
9. Buat sehingga semua lapisan siap di lapiskan. 
10. Akhir sekali ratakan buttercream ke seluruh permukaan kek.

Untuk buttercream, saya guna Whipped Cream.

2 cawan non-dairy Whipped Cream
1/2 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila

Ikut pada selera masing-masing lah ye untuk buttercream ni :)

Ada yang tak faham kan cara-cara tu? Hihi Untuk lebih faham, tengok blog tuannya sendiri ni.KLIK SINI. Kat sini ada gambar-gambar untuk anda semua lebih faham. Ok?

Saturday, July 28, 2012

Semperit



Assalamualaikum..


Diam tak diam dah seminggu kita berpuasa. Hari ni hari ke lapan solat terawih. Syukur Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Sesungguhnyaa dunia ini hanyalah pinjaman.


Ada yang dah mula buat kuih raya ke? Kalau saya, buat kuih raya awal-awal ni memang tak sempat raya. Kena buat lagi. Salotep la kuat mana pun, confirm biskut raya tu makin kurang dalam balang. Hahaha.. Lepas berbuka je makan sikit. Konon ambil sikit tak luak lah kan.. Tapi kalau dah hari-hari ngadap, mahu tak habis.




Tahun lepas ada buat biskut semperit tapi versi biskut dahlia. Tarok ceri merah, tak pun letak manik kat atasnya tu.. Kali ni pakai resepi lain pulak..


Resepi dari Rahel


Bahan-bahan:
360gm tepung gandum
120gm tepung jagung
325gm mentega
150gm gula aising
40gm serbuk badam *saya ganti dengan tepung gandum since tak ada serbuk badam*
1 biji telur kuning
1 sudu teh esen vanila


Pukul mentega, gula aising dan esen vanila sampai kembang.
Masukkan telur dan pukul sebati.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam.
Kemudian masukkan dalam piping bag dan paipkan dengan muncung semperit.
Bakar dalam oven dengan suhu 180'C sampai keperang-perangan. *Suhu bergantung kepada kepanasan oven masing-masing*






Hiasan: Ikut lah kreativiti masing-masing ye. Saya tak buat hiasan apa-apa pun since ni trial je. Adunan pun saya buat half je.. :)


Selamat mencuba dan selamat berpuasa!



Bingka Labu



Assalamualaikum..


Saja nak bagitahu saya dengan jayanya dah berjaya buat kuih tradisional. Hoyeah! Jangan ingat ayah je pandai buat kuih lapis & kuih talam ye. Anak dia menurun 10%. Ok lah daripada tak ada langsung.


Dengan berbekalkan resepi, kuih bingka labu berjaya dihasilkan. Kes nak habiskan labu. 




Untuk pertama kali buat kira not bad lah. Cuma warna kuning labu tu nak nampak. Suppose kena letak pewarna kuning eh nak bagi nampak kuning? Maaf lah, baru nak merangkak buat kuih-kuih tradisional. Hihi.. Ni lah anak-anak zaman sekarang.. Haish..


Resepi ni saya ambil dari blog Jintanmanis. Kena selalu tengok blog blogger yang terror masak ni.. Ambil ilmu dari diorang. Thanks~


BINGKA LABU
Resepi: rosmarlina@jintanmanis.com


Bahan-bahan


2 cawan tepung gandum
2 biji telur
350ml santan santan
1 1/2 cawan labu yang dah direbus & dilenyek (anggaran 180gm)
2 sudu besar madu
3/4 cawan gula
2 sudu besar minyak jagung
1 sudu kecil serbuk kayu manis
Secubit garam
Bijan secukupnya

Pukul telur dan gula.
Kemudian masukkan minyak, madu, santan dan pukul lagi.
Masukkan tepung gandum.
Akhir sekali masukkan labu yang telah dilenyek.
Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam atau sampai masak.


Selamat berpuasa!



Friday, July 27, 2012

Puding Koktail



Assalamualaikum dan selamat petang..


Dua tiga hari ni rasa lama betul nak ke boleh buka puasa. Cuaca panasnya Ya Allah.. Dugaan sunguh. Nasib baik jugak ada puding koktail untuk berbuka puasa. Makan sejuk-sejuk memang lah sedap. Hehe




Resepi ni main belasah aje ikut suka. Takde sukat-sukat. Agak-agak je..


Pudding
1 cawan tepung kastad
5 cawan air
Sedikit gula


Masak bahan-bahan puding atas dapur sampai likat. Kalau suka boleh letak jagung dalam tin tu. Tapi saya tak letak sebab malas nak pi beli. Dah masak puding tu, boleh letak dalam acuan dan sejukkan.


Kuah
Susu cair
Buah dalam tin
1 sudu besar tepung kastad
Sedikit gula


Campurkan semuanya dan boleh sejukan dalam peti sejuk.




Elok lah kalau nak buat berbuka ni. Waktu panas-panas macam ni kan. Hihi


Ok tu je nak bagitahu. Dah tak larat nak taip lagi. Kbye. Selamat berbuka puasa!

Wednesday, July 25, 2012

Kuih Buah Melaka



Assalamualaikum semua..


Selamat pulang dari terawih.. Hihi.. Hari ni percubaan membuat donut tak menjadi.. It's a fail! Nasib baik jugak ayah buat onde-onde. Fuh! *kekesat peluh* Nampaknya kena belajar lagi cara nak buat donut dengan sempurna. Air tangan omputih je kot tangan ni.. Ayah je terror buat kuih tradisional, siap boleh buat resepi sendiri pulak..




Esok lah pulak main tepung lagi. Punyalah semangat nak main tepung.. Nak buat onde-onde ni senang aje. Ambil 2 senduk tepung pulut, kemudian sedikit pewarna pilihan anda. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Jangan main simbah je air tu. Nanti lembik pulak kuih tu.


Langkah seterusnya, ambil sedikit doh, gentel-gentel jadi bulat mcm guli yang besar sikit tu dan penyekkan. Letak gula melaka yang telah dipotong dadu. Then bulatkan semula dan rebus. Dah sudah rebus, letak dalam pinggan yang berisi kelapa yang diletakkan garam sikit. Golekkan kuih tu sampai keseluruhan kuih tu ditutupi dengan kelapa. Sedia dihidangkan.






Mudah kan.. Masa rebus kuih tu, kalau nak tahu samada ia dah masak ke belum: kalau dia dah timbul-timbul tu maknanya dah masak la tu. Yangpenting kena rebus dengan air mendidih. Oh nama timang-timangan Kuih Buah Melaka ni Onde-onde.. Hihi..


Selamat menunaikan ibadah puasa!



Monday, July 23, 2012

Ayam ala Kenny Rogers



Hi there! Assalamualaikum..


Harap-harap semua pembaca sihat sejahtera. Hari ni merupakan hari ketiga kita berpuasa. Dah nak masuk hari keempat pun. Dan saya tak jejak kaki lagi ke bazaar ramadan. Oh sangat sesak! Orang Segamat kaya-kaya, beli je kat bazaar. Haha.. Tak sampai hati rasanya nak bersusah payah cari parking. Cooking at home is more worthwhile than buying at the bazaar. Really cekik darah somehow.






Berbuka puasa untuk hari ketiga adalah di rumah sendiri since first day and second day of Ramadan, we all berbuka puasa di kampung. Anyway, juadah yang saya buat hari ni simple je. Ayam panggang. Hihi..


Resepi asal dari Kak Ita


1 ekor ayam - bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

Bahan - bahan untuk make up ayam 
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 
1 sudu besar lada hitam tumbuk 
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega 


Cara-cara:
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar. 
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. 
  3. Perap selama 1 1/2 jam (saya perap dari tengahari sampai 5 petang) 
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. 
  5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. 
  6. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. 


Make sure air jangan banyak sebab ia akan menghilangkan rasa rempah-rempah tersebut. Untuk resepi ni saya tak guna seekor ayam since family 5 orang aje. Jadi kena pandai-pandai agak lah kalau nak kurangkan sukatan bahan-bahan tu ye.
 :)

Selamat berpuasa!


Sunday, April 22, 2012

Red Velvet Cupcakes





Ingredients:


250gm fine flour
1 tsp baking powder
2 tsp cocoa powder *optional
50gm ground walnut *I used hazelnut
240ml buttermilk
1 tsp red color
115gm butter
150gm castor sugar
1 tsp vanilla essence
2 eggs


Additional ingredients:
1 tsp baking powder
1 tsp vinegar




Methods:


Preheat oven at 170'C.
Sift flour, baking powder and cocoa powder. Then add ground walnut. Set aside.
Beat butter, castor sugar and vanilla essence until fluffy. Add egg one at a time.
Add buttermilk and sifted flour gradually.
In the other small bowl, put together additional ingredients. When there is no more bubbles, put it into the batter.
Pour the batter into the paper cup by 3/4 and bake them for about 20 minutes.
When the cupcakes are completely cool, decorate them with cheese frosting.


Cheese frosting:


Beat 250gm cream cheese and 50gm butter until fluffy. Then add 100gm ising sugar.


Buttermilk Substitutes





Some of these substitutes recipes are easier than others in a pinch. But the most commonly method that I used is with lemon or vinegar. The others are helpful as well. All of the methods start with milk, so you will need to have that on hand :)




white vinegar
Add one tablespoon of white vinegar to one cup of milk. Let the mixture stand at room temperature for 5-10 minutes.


lemon juice
Add one tablespoon of lemon juice to one cup of milk. Let the mixture stand at room temperature for 5-10 minutes.


cream of tartar
Measure 1 3/4 tablespoon cream of tartar plus 1 cup of milk. Whisk to combine and let them stand at room temperature for about 5-10 minutes, then stir.


plain yogurt
You can easily make a buttermilk substitute with 2 tablespoon of plain yogurt plus one cup of milk. Stir to combine and then use your as recipe instructs.


sour cream
If you have sour cream on hand, you can easily make a buttermilk substitute by thinning the sour cream with a bit of milk until it reaches the consistency of buttermilk. Stir to combine and then use your as recipe instructs.


There you go. You have homemade buttermilk!




Here answer your question 'What is buttermilk?'

Wednesday, February 29, 2012

Light Cheese Cake


Credit: HaSue

BAHAN-BAHAN:


125g cream cheese
300 ml susu segar
80 g mentega atau marjerin
80 g tepung gandum
80 gram gula halus
3 biji telur saiz A
beberapa titik esen vanila/jus lemon

CARA-CARA:



Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.


Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue.

Di dalam bekas lain yang lebih besar, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan  adunan cheese tadi, kacau seketika.. Ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul - kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan.


Akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata (boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan-lahan)



Gris acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas minyak. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.


Bakar pada suhu 160'C selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)




Monday, February 20, 2012

Sponge Cake @ Kek Span


Hello! Hari ni tak berapa nak sihat. Selesema dari semalam. Demam rindu agaknya. Hewhewhew..Tapi dalam pada tak sihat tu sempat lagi dok buat kek bagai. Oh syahdu kan? Ok takmo celoteh panjang lagi..


BAHAN A
120gm tepung gandum*
1 sdt serbuk penaik*
*diayak sekali

BAHAN B
2 biji telur gred A
1 sdt ovalette
100gm gula kastor

BAHAN C
20gm air
20gm minyak jagung
2 sudu kecil pes pandan (boleh letak apa saja perisa)

CARA-CARA
Panaskan oven, 170'C.
Pukul Bahan B hingga kembang.
Masukkan Bahan A berselang seli dengan Bahan C.
Alaskan loyang dengan kertas minyak. (Saya guna loyang 8')
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit. Kalau agak-agak tak sure kek tu dah masak ke belum, cucuk dengan lidi.
Bila kek dah masak, cepat-cepat telangkupkan kek atas redai. Tunggu hingga betul-betul sejuk dan boleh hias ikut kreativiti masing-masing.

Happy baking (^_^)


Thursday, February 16, 2012

Corn Flakes Cookies



Wasting my plenty of time at home by making cookies :) Enjoy.



Recipe by Chef Ismail's Book

INGREDIENTS:
250gm butter
150gm castor sugar
2 tsp vanilla essence
300gm plain flour *sifted*
4 cups Nestle Corn Flakes *coarsely crushed*
Icing sugar *optional*

PREPARATIONS:
Cream butter and sugar until well mixed. Add essence and beat well.
Fold in flour and Nestle Corn Flakes; mix till it becomes dough.
Then spoon 1 tsp of dough and place on lightly greased baking tin; allowing room for spreading.
Bake in preheated 180'C oven for 15-20 minutes or until light brown. Remove from oven; let it cool.
If desired, sprinkle icing sugar over cookies.


Wednesday, February 15, 2012

Frittata

A very simple Frittata


You'll need:

INGREDIENT A:
4-5 eggs

INGREDIENT B:
3 stalks of beans
1 large onion *diced*
1/2 chopped carrot 
1/2 chopped cabbage
Garlic
Red chilies
A pinch of salt and pepper

METHOD:
Saute ingredients B till wilted and add seasoning. Set aside.
Then pour Ingredients B with Ingredients A.
Fry as you make the omelet.*Or bake the dish in the oven*

*You may add cheese if you like, or spinach or potatoes.  You better use non-stick pan for the best result*




Sunday, February 12, 2012

Pavlova



INGREDIENTS:
120gm egg white
200gm castor sugar
1/2 teaspoon vanilla essence
1/2 teaspoon vinegar OR 1/2 teaspoon cream of tartar OR 1/2 teaspoon lemon juice
1/2 tablespoon cornstarch

METHODS:
Preheat oven at 150'C.
Beat egg whites until soft-peak.
Add sugar, vinegar (or cream of tartar or lemon juice) and sifted cornstarch. Beat until stiff and glossy.
Cover baking tray with baking paper.
Pile meringue onto paper and shape into a circle.
Reduce oven to 130'C and bake for 1 1/2 hours or till crisp *golden brown color*
Turn oven off and leave pavlova to cool completely in the oven.

TOPPING:
250ml Whipping Cream *use non-dairy whipped cream or fresh cream*
1 1/2 tablespoon icing sugar
*I used ready made whipping cream*
Strawberries, grapes, kiwi *or any other fruit you'd prefer*

METHOD:
Beat the whipping cream in a bowl until thick.
Then you can decorate on the pavlova.



Nutrition per serving:
424 kcalories
3.8g protein
47.7g carbohydrate
25.6g fat
14.3g saturated fat
1.2g fibre
0.17g salt


Wednesday, February 8, 2012

Kuey Teow Kung Fu


Not bad when you cook by your own and it is delicious and "hmmm.. it's so good" *makan sambil tutup mata merasakan betapa hebat air tangan sendiri. wakakaka*


The recipe is from Mat Gebu *just love that blog. Seriously. 

INGREDIENTS A
500gm kuey teow
5 eggs

INGREDIENTS B
100gm prawn
150gm sliced chicken
Cabbage
Baby corn
Carrot
*you may add any kinds of vegetables you that like*
3 cloves of garlic *chopped
2 tbs oil
2 tbs corn starch
1/2 cup water
1 cup chicken stock
2 tbs oyster sauce
1 tbs white pepper
A pinch of salt

Method:
For the gravy
Heat the oil in a pan and saute garlic till golden brown. Add chicken and prawn. Pour the chicken stock, white pepper, oyster sauce and carrot. Wait until it is boiling and add in vegetables and corn flour. *make sure you mix corn starch with 1/2 cup of water first* Add a pinch of salt.

For kuey teow
Stir the eggs. Heat the oil, then fried the eggs with kuey teow untill a bit crisp. *make sure the pan is really hot or else the kuey teow will stick to the pan*
Approximately: 100gm kuey teow = 1 eggs

Done (^.^)