Lovely Friends

Thursday, August 9, 2012

My Checkered Cake


Assalamualaikum.

Salam Ramadan!

Pejam celik pejam celik dah dah 3 minggu kita menjalani ibadah puasa. Cepatnya masa berlalu.. Dah nak raya dah pun. Semua persiapan ada yang dah siap ke.. Hihi.. Rezeki saya agaknya tahun ni baju raya berlambak. Kelaasss kau!

Tapi dalam pada baju raya dah siap tu, kuih raya satu pun belum bersentuh lagi. Minggu lepas aje buat tester. Kenalah buat tester kot-kot tak sedap kan.. Nanti sape pulak nak mengabiskannya..

Dua minggu lepas saya dan adik order ring cutter. Semata-mata nak buat Checkered Cake! Kalau dah jumpa benda yang menarik dihati, kalau mampu saya akan dapatkan jugak. Alhamdulillah sampai jugak ring cutter saya. Makanya, Sabtu lepas terjadilah Checkered Cake saya untuk pertama kalinya.. Alhamdulillah..




Dengan hati yang sangat excited, terus buat kek hari Sabtu lepas kerja. Hehe.. Punyalah tak sabar nak guna ring cutter baru.

Bila cakap pasal Checkered Cake kat orang, ramai yang tak faham bila saya terangkan kek tu rupa macamana. Saya memang fail bab-bab menerangkan kat orang ni. Memang tak boleh jadi cikgu. Haih!

Pertama kali tengok Checkered Cake kat blog Kak Ita. Saya memang pengikut setia blog Kak Ita ni. Tengok aje gambar-gambar kat blog dia boleh buat kita terliur. Nak-nak lagi time puasa ni. Aduhai..



Ok mari tengok resepinya.

Checkered Cake
Resepi: Kak Ita

Kek Putih

190 gm telur - anggaran 4 biji di buang tali pusatnya.
110 gm gula castor
70 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
30 gm butter
20 ml susu segar
1 sudu teh esen vanila

Susu segar dipanaskan atas dapur. 
Bila dah suam masukkan butter.
Biarkan butter mencair
Kemudian tambahkan esen vanila.

Kek Coklat

190gm telur - anggaran 4 biji telur di buang tali pusatnya
110 gm gula castor
60 gm tepung gandum
10 gm tepung jagung
20 gm serbuk koko
20 gm butter
20 ml susu segar

Sama juga seperti kek putih.
Susu segar dipanaskan atas dapur.
Bila dah suam masukkan butter.
Biarkan butter mencair.

Apa perlu buat seterusnya?

1. Loyang berukuran 7 inci.
2. Alas loyang dengan kertas minyak.
3. Lapik tepi loyang dengan kertas minyak juga.
4. JANGAN di sapu dengan butter. (tapi saya sapu sikit sebab tak confident yang kertas tu tak akan melekat pada kek. Hihi)
5. Bila dah siap, ketepikan.
6. Panaskan oven pada suhu 190C. Ita panaskan pada suhu 180C. (Suhu oven bergantung kepada kepanaskan oven dan mengikut juga jangka hayat oven itu di gunakan.)

Langkah 1:
1. Masak air dalam periuk yang kecil. Biar air mendidih.
2. Dengan menggunakan mangkuk yang lebih besar dari periuk tadi, pecahkan telur dan masukkan gula dalam mangkuk tersebut.
3. Letakkan mangkuk yang berisi gula dan telur di atas periuk yang telah mendidih airnya. (ni kaedah DOUBLE BOILER)
4. Dengan menggunakan mixer, mulakan proses memukul telur dan gula secara double boiler tadi.
5. Terus memukul sehingga adunan telur agak suam-suam kuku.
6. Bila adunan dah mencapai suhu badan, tutup api.
7. Alihkan mangkuk dari periuk tadi dan terus memukul adunan telur sehingga ia menjadi ringan dan gebu. (Ambil masa juga nak pukul adunan ni sampai gebu)




Langkah 2:
1. Ayak tepung gandum, dan tepung jagung ke dalam adunan.
2. Kemudian kaup balikkan perlahan-lahan adunan tersebut. Gunakan spatula sahaja. Jangan guna mixer. Takut adunan terlebih pukul, nanti kek tak naik.

Langkah 3:
1. Tuangkan susu dan butter yang telah dicairkan tadi.
2. Kaupbalik lagi hingga sebati.
3. Masukkan adunan dalam loyang.
4. Hentak sekali loyang tu untuk keluarkan gelembung-gelembung udara dalam kek tu. Tapi jangan kuat sangat.
5. Bakar pada suhu 180'C dengan menggunakan api bawah sahaja.
6. Bila dah masak, cepat-cepat terbalikkan atas redai dah sejukkan.

BUAT LANGKAH YANG SAMA UNTUK KEK COKLAT

Cara-cara melapis kek:

1. Gunakan cutter ring bulat untuk memotong kek kepada bentuk bulatan.
2. Bila dah potong kek bulat-bulat tu, susun kek berselang seli antara kek coklat dan kek putih. Buat hingga mendapat 6 lapisan kek.
3. Mulakan dengan lapisan luar yang besar.
4. Susun atas lapik kek. Sapukan buttercream di sekeliling dalam lubang kek.
5. Masukkan satu lagi lapisan kek coklat di dalam kek putih.
5. Sapukan buttercream lagi. (Ini adalah untuk melekatkan kek antara satu sama lain)
6. Ulang lagi proses yang sama berselang seli antara kek putih dan kek coklat.
7. Selepas tu sapukan dan ratakan buttercream di atas kek.
8. Ulang langkah yang sama berselang seli setiap lapisan.
9. Buat sehingga semua lapisan siap di lapiskan. 
10. Akhir sekali ratakan buttercream ke seluruh permukaan kek.

Untuk buttercream, saya guna Whipped Cream.

2 cawan non-dairy Whipped Cream
1/2 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila

Ikut pada selera masing-masing lah ye untuk buttercream ni :)

Ada yang tak faham kan cara-cara tu? Hihi Untuk lebih faham, tengok blog tuannya sendiri ni.KLIK SINI. Kat sini ada gambar-gambar untuk anda semua lebih faham. Ok?

No comments:

Post a Comment