Nama English Spiral Mantou. Tapi nama dalam bahasa melayu saya tak tahu. Hehe.. Mula-mula ingatkan apa benda lah Spiral Mantou ni. Rupa-rupanya, dia macam ala-ala pau. Cuma versi lain bentuknya.
Sebelum kukus
Lepas 15 minit
Dah siap.
Untuk first trial ni, not bad la. Rasa pau tapi takde inti.
Bahan-bahan:
350gm tepung gandum *ayak* (nak guna tepung naik sendiri pun lagi bagus)
180ml air
30ml minyak jagung
1 sudu makan yis
25gm gula kastor *patut di lebihkan; sebab, cuba bayangkan makan pau kosong. hihi*
1 sudu besar serbuk koko
Cara-cara:
Campurkan semua bahan kecuali serbuk koko. Uli sampai dah tak melekat kat tangan. Kalau kurang air, tambah. Kalu masih melekat kat tangan, tambah tepung.
Kemudian bahagian doh kepada 2 bahagian. Salah satu mestilah lebih berat 100gm.
Doh yang ringan tu uli semula dengan serbuk koko sampai betul-betul sebati. Kalau masa menguli tu doh agak keras, campur air sikit.
Rehatkan doh 5 minit.
Canaikan doh yang warna putih. Canaikan juga doh coklat tapi lebih kecil dari doh putih.
Kemudian sapu sedikit air atas permukaan doh putih dan letakkan doh coklat diatasnya.
Kemudian lagi, gulungkan doh anda.
Nak gulung dari kanan ke kiri pun boleh. Tapi saya sarankan gulung macam gambar tu sebab nanti gulungannya lebig cantik. Yang saya buat tu saya gulung dari kiri ke kanan. Bajet dapat banyak la kan. Haha..
Kemudian sila potong doh itu. Jangan potong terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.
Sediakan baking paper. Potong macam orang nak buat pau.
Lepas tu letakkan doh di atas baking paper dal biarkan selama 30 minit sebelum dikukus selama 15 minit dengan api sederhana.
TIPS:
Kalau agak-agak kurang air, jangan main letak air sesuka hati. Letak sikit-sikit. Sama jugak macam tepung.
Canaikan doh nipis ye. Kalau tebal, nanti besar gedabak pulak Spiral Mantou tu.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment