Lovely Friends

Tuesday, July 26, 2011

Ayam Kari India



Resepi ini adalah resepi turun temurun keluarga saya. Sangat sedap. Sila cuba ye. Sekali cuba mesti rasa nak buat lagi. Hihihi..


Bahan-bahan

Ayam
Serbuk kari ikan
Bahan penumis - bunga lawang, buah pelaga (betul heh?ke pegaga), cengkih, kulit kayu manis
*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
*Cili kering
Daun kari
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara


Hiris semua yang bertanda *. Lepastu gaulkan dengan ayam, serbuk kari dan daun kari. Letak garam.
Perap dalam 2-3 jam. Kalau nak lagi sedap perap semalaman.
Tumis bahan penumis hingga naik bau dan masukkan ayam yang telah diperap.


Amaran: Sila gunakan api yang kecil semasa memasak. Kalau tak nanti ayam anda akan kelihatan hitam dan tidak berseri. Ingat ni..!


Tips: Bahan-bahan yang digunakan bergantung kepada berapa banyak ayam yang digunakan. Sebab tu saya tak letak sukatan. Serbuk kari jangan terlalu sedikit. Nanti warna pucat. Dan jangan terlalu banyak juga sebab nanti tak sedap.







Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment