Lovely Friends

Tuesday, July 26, 2011

Kuih Talam Berlauk


Hari ni kita belajar macam mana nak buat kuih pulak. Hehe.. Kuih tradisional gitu..

Kuih Talam Berlauk

Bahan-bahan tepung:

1 1/4 cawan tepung gamdum
garam secukup rasa
2 putih telur *dipukul sedikit*
1 kuning telur
300 ml air
100 ml santan pekat

Bahan untuk lauk:

5-6 ulas bawang merah *dihiris*
1 batang serai *dihiris*
1 sudu kecil belacan
Ayam bahagian daging secukupnya *dicincang (kalau nak banyak lauknya, letak banyak ayam)
1 sudu besar air asam jawa *saya tak letak pun. optional*

Bahan hiasan:

Daun bawang
Cili

Cara-caranya:

Untuk lauk
Tumis bawang, serai dan belacan. Masukkan ayam dan secubit garam. Goreng sampai kering. Kalau ikut resepi asal, dia suruh letak air asam jawa. Tapi saya tak letak. Dah kering tu, tutup air.

Untuk tepung
Ayak tepung. Campurkan air, santan, telur kuning dan telur putih. Gaul sampai sebati. Lepas tu tapiskan untuk asingkan ketulan-ketulan tepung yang tak sebati tu.

Bagi yang ada acuan untuk kuih cara, panaskan acuan tu. Sapu sikit minyak pada acuan. Tuangkan separuh adunan tepung. Tutup kejap. Lepas tu masukkan isi lauk dan tuangkan adunan tepung sampai penuh acuan tu. Tutup lagi sampai masak. *Saya ikut cara ni tapi saya tuang dalam loyang je sebab malas nak godek satu-satu dalam acuan tu. Hihihi*

Dan hasilnya...




Maaf lah.. Gambar blur.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment