Lovely Friends

Wednesday, July 13, 2011

Resepi Biskut Dahlia


BAHAN-BAHAN:


300 g mentega
150 gm gula icing
2 kuning telur
1 camca teh esen vanila
240 g tepung gandum
100 g tepung jagung
160 g tepung kastard
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
(atau apa saja yang uols rasa menarik. Untuk entry sebelum ni saya letak manik-manik)

CARA:

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard.

Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan putar hingga kembang.

Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. Masa ni bila dah banyak tepung diletakkan, mixer tu akan semput. So saya guna tangan lepas tu untuk uli. Al maklumlah, mixer turun temurun kan..

Then, masukkan doh ke dalam Piping bag (kalau ada alat penekan tu lagi bagus)  yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Hiasa dengan hiasan uols tu. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.

Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. Jangan panas-panas lagi uols dah usik-usik. Nanti berderai sebab biskut dahlia ni rapuh sikit.

Dan rasanya alhamdulillah sedap. Tak berenti ngko makan. Mahu habis sebalang tengok movie.

Selamat mencuba (^_^)v


No comments:

Post a Comment