Lovely Friends
Saturday, July 28, 2012
Semperit
Assalamualaikum..
Diam tak diam dah seminggu kita berpuasa. Hari ni hari ke lapan solat terawih. Syukur Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Sesungguhnyaa dunia ini hanyalah pinjaman.
Ada yang dah mula buat kuih raya ke? Kalau saya, buat kuih raya awal-awal ni memang tak sempat raya. Kena buat lagi. Salotep la kuat mana pun, confirm biskut raya tu makin kurang dalam balang. Hahaha.. Lepas berbuka je makan sikit. Konon ambil sikit tak luak lah kan.. Tapi kalau dah hari-hari ngadap, mahu tak habis.
Tahun lepas ada buat biskut semperit tapi versi biskut dahlia. Tarok ceri merah, tak pun letak manik kat atasnya tu.. Kali ni pakai resepi lain pulak..
Resepi dari Rahel
Bahan-bahan:
360gm tepung gandum
120gm tepung jagung
325gm mentega
150gm gula aising
40gm serbuk badam *saya ganti dengan tepung gandum since tak ada serbuk badam*
1 biji telur kuning
1 sudu teh esen vanila
Pukul mentega, gula aising dan esen vanila sampai kembang.
Masukkan telur dan pukul sebati.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam.
Kemudian masukkan dalam piping bag dan paipkan dengan muncung semperit.
Bakar dalam oven dengan suhu 180'C sampai keperang-perangan. *Suhu bergantung kepada kepanasan oven masing-masing*
Hiasan: Ikut lah kreativiti masing-masing ye. Saya tak buat hiasan apa-apa pun since ni trial je. Adunan pun saya buat half je.. :)
Selamat mencuba dan selamat berpuasa!
Bingka Labu
Assalamualaikum..
Saja nak bagitahu saya dengan jayanya dah berjaya buat kuih tradisional. Hoyeah! Jangan ingat ayah je pandai buat kuih lapis & kuih talam ye. Anak dia menurun 10%. Ok lah daripada tak ada langsung.
Dengan berbekalkan resepi, kuih bingka labu berjaya dihasilkan. Kes nak habiskan labu.
Untuk pertama kali buat kira not bad lah. Cuma warna kuning labu tu nak nampak. Suppose kena letak pewarna kuning eh nak bagi nampak kuning? Maaf lah, baru nak merangkak buat kuih-kuih tradisional. Hihi.. Ni lah anak-anak zaman sekarang.. Haish..
Resepi ni saya ambil dari blog Jintanmanis. Kena selalu tengok blog blogger yang terror masak ni.. Ambil ilmu dari diorang. Thanks~
BINGKA LABU
Resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
350ml santan santan
1 1/2 cawan labu yang dah direbus & dilenyek (anggaran 180gm)
2 sudu besar madu
3/4 cawan gula
2 sudu besar minyak jagung
1 sudu kecil serbuk kayu manis
Secubit garam
Bijan secukupnya
Pukul telur dan gula.
Kemudian masukkan minyak, madu, santan dan pukul lagi.
Masukkan tepung gandum.
Akhir sekali masukkan labu yang telah dilenyek.
Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam atau sampai masak.
Selamat berpuasa!
Friday, July 27, 2012
Puding Koktail
Assalamualaikum dan selamat petang..
Dua tiga hari ni rasa lama betul nak ke boleh buka puasa. Cuaca panasnya Ya Allah.. Dugaan sunguh. Nasib baik jugak ada puding koktail untuk berbuka puasa. Makan sejuk-sejuk memang lah sedap. Hehe
Resepi ni main belasah aje ikut suka. Takde sukat-sukat. Agak-agak je..
Pudding
1 cawan tepung kastad
5 cawan air
Sedikit gula
Masak bahan-bahan puding atas dapur sampai likat. Kalau suka boleh letak jagung dalam tin tu. Tapi saya tak letak sebab malas nak pi beli. Dah masak puding tu, boleh letak dalam acuan dan sejukkan.
Kuah
Susu cair
Buah dalam tin
1 sudu besar tepung kastad
Sedikit gula
Campurkan semuanya dan boleh sejukan dalam peti sejuk.
Elok lah kalau nak buat berbuka ni. Waktu panas-panas macam ni kan. Hihi
Ok tu je nak bagitahu. Dah tak larat nak taip lagi. Kbye. Selamat berbuka puasa!
Wednesday, July 25, 2012
Kuih Buah Melaka
Assalamualaikum semua..
Selamat pulang dari terawih.. Hihi.. Hari ni percubaan membuat donut tak menjadi.. It's a fail! Nasib baik jugak ayah buat onde-onde. Fuh! *kekesat peluh* Nampaknya kena belajar lagi cara nak buat donut dengan sempurna. Air tangan omputih je kot tangan ni.. Ayah je terror buat kuih tradisional, siap boleh buat resepi sendiri pulak..
Esok lah pulak main tepung lagi. Punyalah semangat nak main tepung.. Nak buat onde-onde ni senang aje. Ambil 2 senduk tepung pulut, kemudian sedikit pewarna pilihan anda. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Jangan main simbah je air tu. Nanti lembik pulak kuih tu.
Langkah seterusnya, ambil sedikit doh, gentel-gentel jadi bulat mcm guli yang besar sikit tu dan penyekkan. Letak gula melaka yang telah dipotong dadu. Then bulatkan semula dan rebus. Dah sudah rebus, letak dalam pinggan yang berisi kelapa yang diletakkan garam sikit. Golekkan kuih tu sampai keseluruhan kuih tu ditutupi dengan kelapa. Sedia dihidangkan.
Mudah kan.. Masa rebus kuih tu, kalau nak tahu samada ia dah masak ke belum: kalau dia dah timbul-timbul tu maknanya dah masak la tu. Yangpenting kena rebus dengan air mendidih. Oh nama timang-timangan Kuih Buah Melaka ni Onde-onde.. Hihi..
Selamat menunaikan ibadah puasa!
Monday, July 23, 2012
Ayam ala Kenny Rogers
Hi there! Assalamualaikum..
Harap-harap semua pembaca sihat sejahtera. Hari ni merupakan hari ketiga kita berpuasa. Dah nak masuk hari keempat pun. Dan saya tak jejak kaki lagi ke bazaar ramadan. Oh sangat sesak! Orang Segamat kaya-kaya, beli je kat bazaar. Haha.. Tak sampai hati rasanya nak bersusah payah cari parking. Cooking at home is more worthwhile than buying at the bazaar. Really cekik darah somehow.
Berbuka puasa untuk hari ketiga adalah di rumah sendiri since first day and second day of Ramadan, we all berbuka puasa di kampung. Anyway, juadah yang saya buat hari ni simple je. Ayam panggang. Hihi..
Resepi asal dari Kak Ita
1 ekor ayam - bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil
Bahan - bahan untuk make up ayam
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega
Cara-cara:
- Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
- Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
- Perap selama 1 1/2 jam (saya perap dari tengahari sampai 5 petang)
- Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
- Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
- Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Make sure air jangan banyak sebab ia akan menghilangkan rasa rempah-rempah tersebut. Untuk resepi ni saya tak guna seekor ayam since family 5 orang aje. Jadi kena pandai-pandai agak lah kalau nak kurangkan sukatan bahan-bahan tu ye.
:)
Selamat berpuasa!
Subscribe to:
Posts (Atom)