Kon'nichiwa, ogenkidesuka?
(maksudnya 'hai, apa khabar?')
Ha hebat tak hebat cakap jepun.. Hihi Lama betul tinggalkan dunia blog. Hari ni baru betul-betul free nak update. Maafkan saya..
Selesai sudah thesis & presentation. Ya Allah, betul-betul lega. Demam-demam den dibueknyo. Lepas ni boleh tumpukan sepenuhnya pada alam pekerjaan. Wah.. Kelas gitu.
Ok resepi hari ini adalah masakan daripada negara matahari terbit, Jepun. Masakan Jepun ni kebanyakannya tak pedas. Sesuai lah sangat dengan tekak saya yang sekarang ni tak boleh makan pedas sangat. Dulu hari-hari makan pedas. Kesian perut I.. Sekarang ni rasakan lah penangannya T.T
Resepi: Norzailina Nordin
Sumber: Buku Bijak Memasak
Mula-mula kita sediakan pes 'roux' nya dulu sebelum kita masak karinya.
PES 'ROUX' REMPAH
2 sudu besar mentega
1 labu bawang besar - hiris nipis
1 sudu teh halia parut
1 sudu teh bawang putih parut
2 sudu besar tepung serba guna
1 sudu besar serbuk kari
2 1/2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu teh garam masala
CARA-CARA
Panaskan satu sudu mentega, kemudian tumis sedikit bawang besar dengan api perlahan hingga keperangan.
Masukkan bawang putih dan halia parut, kacau sebati dan ketepikan.
Panaskan satu sudu mentega dalam periuk. Masukkan tepung dan kacau atas api perlahan. Kemudian bubuh rempah kari dan kacau rata. Tuangkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit sambil dikacau.
Masukkan bawang dan renihkan atas api perlahan hingga kuah pekat. Akhir sekali, masukkan garam masala.
Sekarang pes dah siap, boleh lah kita mula dengan membuat kari.
KARI JEPUN
2 sudu besar minyak
250gm ayam - dipotong kecil
1 labu bawang besar - dihiris 1 cm
2 biji kentang
2 batang lobak merah (saya guna 1/2 batang aje)
3 1/2 cawan air
125gm pes 'roux' rempah
CARA-CARA
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keperangan. Masukkan bawang, kentang dan lobak merah. Kacau selama 2 minit.
Tuangkan air dan masak sehingga mendidih. Renihkan atas api perlahan selama 30-40 minit.
Jika ada buih-buih semasa merenih, bolehlah buang buih-buih tu ye.. Akhir sekali masukkan pes 'roux' rempah yang kita dah buat mula-mula tadi. Renihkan selama 10 minit.
Lobak merah tu saya masukkan selepas masukkan pes tu sebab takut nanti carrot tu terlebih lembut.
Rasa kari ni tak lah teruk pun. Sedap aje dengan tekak saya ni. Hihi.. Ok jugak lah, selalu duk masak kari melayu aje. Kali ni kita try kari jepun pulak..
Selamat mencuba :)
Mengiurkan :D
ReplyDelete