Lovely Friends

Thursday, January 17, 2013

Satay Goreng & Kuah Kacang


Assalamualaikum..

(Sedang practice  untuk jadi suri rumah terhebat)
Jadi setelah difikir-fikirkan, maka terasa nak masak satay goreng. Sebelum ni pernah jugak buat tapi tak umphh.. Hari ni punya resepi jadi. Alhamdulillah :)

Jadi hari ni saya nak share resepi Satey Goreng. Duk godek-godek, maka resepi diambil dari Mak Lang Ani. Tadaa~


Bahan-bahan

1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong kecil. Lagi elok kalau daging/ayam tu kering. Saya keringkan guna kitchen tissue
150 g gula pasir
100 g gula merah
100 g madu, 2 sk garam

Bahan berikut hendaklah dikisar :-

3 sb ketumbar biji - sangar
2 sk jintan halus - sangar
1 sb lada sulah biji
6 ulas bawang putih
1/2 jari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai - hiris
1/2 jari kunyit hidup

Cara-cara

Gaulkan bahan-bahan kisar pada daging/ayam bersama gula, garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm peti sejuk semalaman.

Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging/ayam hingga empuk. Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering. *ok yang ni saya tak tambah 1/2 senduk minyak lagi*

Hidangkan dgn kuah, timun, ketupat dan bawang.



Untuk resepi kuah kacang pula, resepi dari Kak Fida.

Bahan-bahan

300 g kacang tanah - sangar dan kisar kasar
100 g gula pasir
150 g gula merah
40 g asam jawa
1 sk garam dan 1 sk kunyit serbuk
2 biji buah keras*
1 sb ketumbar biji - sangar*
1 sk jintan kasar - sangar *
1 sk jintan halus - sangar *
2 hiris lengkuas *
2 hiris halia muda *
20 tangkai cili kering *
7 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
7 batang serai - hiris *
20 g udang kering *
1 cawan minyak masak


Cara-cara

Satukan gula merah dan asam jawa,diramas dgn secukup air utk mendapatkan 500 g air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata.

Kisar halus bahan2 bertanda *

Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan gula,garamdankunyit serbuk dan kacau rata.

Masukkan bancuhan air asam dan kacang tadi ke dlm bahan yg ditumis. Masak atas api perlahan hingga keluar minyaknya.

Sedap sangat kuah kacang ni. Sebelum ni pakai resepi biasa-biaa aje. Main campak-campak konon-konon dah pro lah kan. Hahaha..  Tapi untuk resepi ni semua saya buat separuh aje. Buat banyak-banyak kang tak larat nak habiskan, membazir pulak ye tak.

So, untuk sapa-sapa yang nak rasa nak buat satay goreng boleh lah cuba resepi ni. Selamat mencuba :)

Tuesday, January 15, 2013

Painted Swiss Roll [1]













Sunday, January 13, 2013

Kari Jepun



Kon'nichiwa, ogenkidesuka?
(maksudnya 'hai, apa khabar?')

Ha hebat tak hebat cakap jepun.. Hihi Lama betul tinggalkan dunia blog. Hari ni baru betul-betul free nak update. Maafkan saya..

Selesai sudah thesis & presentation. Ya Allah, betul-betul lega. Demam-demam den dibueknyo. Lepas ni boleh tumpukan sepenuhnya pada alam pekerjaan. Wah.. Kelas gitu.

Ok resepi hari ini adalah masakan daripada negara matahari terbit, Jepun. Masakan Jepun ni kebanyakannya tak pedas. Sesuai lah sangat dengan tekak saya yang sekarang ni tak boleh makan pedas sangat. Dulu hari-hari makan pedas. Kesian perut I.. Sekarang ni rasakan lah penangannya T.T



Resepi: Norzailina Nordin
Sumber: Buku Bijak Memasak

Mula-mula kita sediakan pes 'roux' nya dulu sebelum kita masak karinya.

PES 'ROUX' REMPAH

2 sudu besar mentega
1 labu bawang besar - hiris nipis
1 sudu teh halia parut
1 sudu teh bawang putih parut
2 sudu besar tepung serba guna
1 sudu besar serbuk kari
2 1/2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu teh garam masala

CARA-CARA

Panaskan satu sudu mentega, kemudian tumis sedikit bawang besar dengan api perlahan hingga keperangan.

Masukkan bawang putih dan halia parut, kacau sebati dan ketepikan.

Panaskan satu sudu mentega dalam periuk. Masukkan tepung dan kacau atas api perlahan. Kemudian bubuh rempah kari dan kacau rata. Tuangkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit sambil dikacau.

Masukkan bawang dan renihkan atas api perlahan hingga kuah pekat. Akhir sekali, masukkan garam masala.


Sekarang pes dah siap, boleh lah kita mula dengan membuat kari. 

KARI JEPUN

2 sudu besar minyak
250gm ayam - dipotong kecil
1 labu bawang besar - dihiris 1 cm
2 biji kentang
2 batang lobak merah (saya guna 1/2 batang aje)
3 1/2 cawan air
125gm pes 'roux' rempah

CARA-CARA

Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keperangan. Masukkan bawang, kentang dan lobak merah. Kacau selama 2 minit.

Tuangkan air dan masak sehingga mendidih. Renihkan atas api perlahan selama 30-40 minit.

Jika ada buih-buih semasa merenih, bolehlah buang buih-buih tu ye.. Akhir sekali masukkan pes 'roux' rempah yang kita dah buat mula-mula tadi. Renihkan selama 10 minit.

Lobak merah tu saya masukkan selepas masukkan pes tu sebab takut nanti carrot tu terlebih lembut.

Rasa kari ni tak lah teruk pun. Sedap aje dengan tekak saya ni. Hihi.. Ok jugak lah, selalu duk masak kari melayu aje. Kali ni kita try kari jepun pulak.. 

Selamat mencuba :)