Lovely Friends
Sunday, June 2, 2013
A cake for preggy mommy - KEK COKLAT NUTELLA
Hai there! Lama tak update. Busy uols.. Dari minggu lepas I tak duduk rumah. Macam retis gitu. 'Last last' Friday we went to Dungun for wedding ceremony. Then hari Rabu pergi Kelantan until Friday. Yesterday, busy for whole day. Pagi-pagi biasalah kan buat kerja housewife. Tengahari pergi jemputan kahwin, then pergi hospital melawat my cousin, suspek denggi.
Then lepas pergi hospital, melawat TokYah. Ada orang sunyi katanya. Petang tu pula lepas Asar, pergi rewang kat rumah jiran belakang rumah sebab malamnya nak buat kenduri Yasin. Hari ni majlis kahwin anak lelakinya.
Ha macam-macam aktiviti chuols... Ingat I tak kerja duduk rumah goyang kaki ke.. Tu belum masuk nak buat tempahan lagi.
Anyway, masa balik kampung kat Kelantan tu, sempat buatkan kek sebiji untuk cousin yang pregnant tu. Dah sarat dah nak bersalin. Anaknya si Adeeb tu bukan main nakal. Tak larat uols nak layan.
And the bad news is nenek I tak berapa sihat. Kena tahan ward lagi sekarang. Duduk kat wad tulang. Hopefully dia cepat sembuh. Amin.
Kek ni enak sungguh. Keknya tu bila dah 2 hari pun masih terasa lembutnya. Suppose cream tu kena guna whipping cream. Tapi atas permintaan preggy mommy yang suka makan buttercream, I ganti dengan buttercream. Oh enaknya..
Mostly resepi kek yang I buat, I guna resepi Kak Ita. Tengok kek yang dia buat boleh meleleh air liur. Hihi..
Ok jom lah tengok resepinya.
KEK COKLAT NUTELLA
Resepi dari Azlita Masam Manis
BAHAN A
4 biji kuning telur
20 gm gula kastor
BAHAN B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
BAHAN C
95 gm tepung
15 gm serbuk koko
BAHAN D
70 gm mentega dicairkan (panas)
*Boleh ganti dengan minyak sayuran
Mula-mula panaskan oven pada suhu 180°C dan sediakan loyang ukuran 8 inci.
Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan baking paper.
Kemudian pukul BAHAN A hingga ringan dan gebu.
Putar putih telur hingga kembang atau berbuih. Masukkan gula kastor dan pukul lagi hingga kental.
Campurkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik hingga sempurna.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan kaup balik dengan rata.
Masukkan mentega cair dan kaup balik sempurna
Tuangkan adunan dalam loyang dan bakar selama 20 minit atau sehingga kek di bakar sempurna.
Jangan terlebih bakar sebab nanti kek akan keras kat bahagian atas. Kek juga akan menjadi agak keras bila disimpan lama dalam peti ais.
COKLAT GANACHE
300 gm krim tenusu (whipping cream)
30 gm sirap glukos
500 gm coklat gelap (dihiris halus)
2 sudu besar Nutella (kalau tak letak pun takpe sbb ni olahan dari Kak Ita)
20 gm butter (ni pun sama, optional)
Didihkan krim dan sirap glukos. Tak payah sampai mendidih.
Tuangkan dalam bekas yang berisi coklat gelap.
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya.
Tambahkan Nutella dan butter.
Kacau hingga adunan licin dan berkilat.
BAHAN UNTUK KRIM COKLAT
180 gm Ganache Coklat (diambil dari adunan Ganache Coklat)
150 ml krim putar bukan tenusu
Putar whipping cream hingga kembang.
Campurkan Ganache Coklat sedikit demi sedikit dan dikacau rata.
*untuk kek yang I buat ni, I guna buttercream. Bagi yang nak guna buttercream boleh guna resepi buttercream kat bawah ye. Buttercream resepi ni buttercream yang paling sedap yang pernah I buat. Hihi
BUTTERCREAM
Resepi dari Hasue
50g mentega tanpa garam
450g krimwell (I guna 500gm krimwell dan tak guna butter)
300g sirap gula atau gula icing yang diayak 3 kali
1 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh butter oil
Putar mentega dan krimwell sehingga sebati dan berkrim. Masukkan sirap gula/gula aising.
Putar sehingga gebu dan masukkan susu pekat.
Akhir sekali masukkan vanilla dan minyak mentega.
Pukul sebati dan sedia untuk digunakan.
Kek span coklat dibelah kepada dua/tiga kepingan sama besar. Kalau tak nak belah pun tak apa. Ikut citarasa masing-masing.
Sebelum melepa kek, tepek sikit krim di dasar papan kek supaya kek tak mudah teralih masa proses melepa kek.
Kek lapisan pertama dilepa dengan krim kemudian letakkan lapisan yang kedua diatasnya. Kemudian salut keseluruhan kek dengan krim.
Simpan kek dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit supaya krim tu keras. Ini untuk memudahkan proses mencurahkan ganache atas kek. Kalau tak, nanti memang jadi disaster lah kek uols kalau krim tak keras.
Untuk curahkan ganache coklat, letak kan kek atas redai. Bawah redai tu alaskan dengan loyang yang lebih besar sepaya ganache tu tumpah dalam loyang, bukan atas meja!
Kalau ganache dah agak likat, panaskan sekejap dengan cara double boiler. Jangan lama sangat, kejap aje, agak-agak dia punya consistency tu senang nak dicurah kira ok lah tu.
Curah berhati-hati ye. Jangan gelojoh sangat. Tuang dikeseluruhan atas kek. Lepas tu sendeng-sendengkan kek supaya ganache tu kena kat tepi kek. Jangan memandai nak guna spatula pula nak ratakan coklat tu ye!
Haa... Dah siap. Boleh lah hias ikut kreativiti masing-masing dan rasai kesedapan kek itu.
Selamat mencuba kawan-kawan!
Friday, May 17, 2013
Sponge Cake - CakeBoss recipe
Hello ladies.. Buat apa hari ni? Hari ni hujan. Sedap tido. Ihik! Lepas bangun tido terus capai mixer, telur, tepung semua. Hajat di hati nak buat kek span. Tapi tak nak buat regular sponge cake, nak cuba resepi dari Cake Boss. Hihi.. Kemain uols..
Bab-bab nak ambil gambar ni memang fail lah kan. Esok dah kahwin kena lah si suami yang tolong capture gambar. Hihi..
Kek ni rasa nya macam bahulu sikit. Tapi sedap. Kalu ikut sukatan gulanya rasa macam manis sikit. Tak berapa kena dengan citarasa orang Asia. Ni pun saya kurangkan gula. Sedap-sedap aje rasa manisnya. Kalau nak dilepa dengan buttercream memang dah cun dah rasanya. Cuma yang penting buttercream tu mesti sedap ye. Nak curah dengan chocolate glaze pun ok jugak.
SPONGE CAKE
Resepi: CakeBoss
4 biji telur gred A
2 cawan gula *boleh kurangkan jika anda tak suka manis*
1 sdt esen vanila
1 cawan susu
1/4 cawan mentega
2 cawan tepung gandum
2 sdt serbuk penaik
1/4 sdt garam
Panaskan oven dengan suhu 325°F/165°C.
Sediakan loyang 9 inci atau 2 loyang saiz 8 inci. Gris dengan mentega.
Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
Sediakan saucepan. Panaskan susu dan gula dengan api perlahan. Panaskan sampai mentega tu cair aje. Tak perlu sampai menggelegak ok!
Dalam mangukuk besar, pukul telur dengan kelajuan sederhana tinggi selama 4 minit. Do not skip this step! *CakeBoss kata*
Masukkan sula dan terus pukul hingga adunan kembang dan ringan selama lebih kurang 5 minit dengan kelajuan tinggi. Masukkan pula esen vanila dan pukul perlahan.
Bila adunan dah sebati, baru masukkan baha-bahan kering. Pukul dengan hand whisk pun tak apa. Bila tepung dan combined dengan telur tu, baru masukkan susu suam tadi tu. Kacau sampai sebati.
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan bakar. Dalam resepi asal tak kata bakar berapa lama. Dia cuma bagitahu, kek masak bila kita boleh bau kek seluruh rumah. Hihi.. So, tadi saya bakar kek selama 1 jam. Kalau agak tak sure, cucuk kek dengan lidi. When it comes out clean, means your cake is done :)
Bila kek dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan selama 10 minit dan baru keluarkan dari loyang. Ini arahan CakeBoss.
*If you guys have stand mixer, it would be easier to make this cake.
Selamat mencuba!
Thursday, May 16, 2013
Cake in jar and friends
Hai si cantik manis.. Seperti yang dijanjikan, entri akan diupdate malam ini. Lama tak update, kesian pada pembaca walaupun rasa macam tak ada orang nak baca blog ni. Ah, persetankan. Aiman tak kisah.. Ilmu harus dikongsi. Ye tak?
Sejak jadi penganggur terhormat ni, bosan jugak duduk saje kat umah. So, inisiatif telah diambil bagi memenuhkan dan menebalkan purse. Ok straight to the point. Saya buat jualan kecil-kecilan kat sekolah adik. Pada siapa-siapa yang nak order, boleh aje contact saya kat Facebook. Jangan malu jangan segan. Saya tak makan orang.
RAINBOW CAKE IN JAR WITH BUTTERCREAM FROSTING
*hiasan lain ye tuan-tuan dan puan-puan*
Harga: RM 7 sebotol (minimum order; 8 botol)
RED VELVET CAKE IN JAR WITH CREAM CHEESE FROSTING
Harga: RM 6 sebotol (minimum order; 10 botol)
ROTI SOSEJ
Harga: RM 1.30 segulung
LOLLICAKES
Harga: RM2 sebatang (minimum order; 20 batang)
BEBOLA CUCUK
Harga: RM1 secucuk
*tak tau nak panggil nama apa untuk makanan ni*
KEK BATIK
Harga: RM25/1kg
Harga: RM 2.50 sepotong
Setakat tu untuk hari ni ye anak-anak. Cikgu nak berehat. Kalau nak tanya apa-apa, contact saya ye. Tata~
Quick update: Blueberry Cheese Cake
Hi guys.. Maaf lama tak update. Busy bebeno. Hihi.. Minggu ni ada macam-macam program pulak. Anyway, for quick update, here's Blueberry Cheese Cake. Rasanya dah almost 2 weeks I made this cake. Sorry lah busy betul Mak Jemah sorang ni.
Any inquiries, please contact me through my Facebook.
Bubye~
*nak bawa anak-anak pergi Vet pulak petang ni*
Wednesday, April 17, 2013
Kek Kurma Yummy
Hari ni suis tendang lagi. Eh amboi kat rumah ni dah tak cukup voltan dah gamaknya. Semalam aircond bilik stuck. Ingatkan kenapa lah, dah gelabah gila sebab tetiba aircond termati lepas tu dia tak tutup betul. Rupanya suis tendang.
Kebarangkalian untuk terjadinya kejadian seperti ini adalah tinggi (mungkin) akibat pemasangan aircond baru dirumah tatkala cuaca yang begitu panas dan bahang kala ini. Duduk dalam rumah lebih-lebih lagi kat dapur yang beratapkan zink terasa seperti di spa. Indahnya tak payah membazirkan duit pergi ke spa.
Onomnom
Melihatkan sebekas kurma kat dapur, lantas idea untuk membuat kek terhasil. Setelah menggodek-godek kat Myresepi, dapatlah resepinya. Sedap, gebu, nyum nyum..
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
1 cawan gula
4 biji telur
1 cawan kurma yang telah dibuang biji
1 sdt esen vanila
3/4 cawan minyak jagung
2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
Secubit garam
Panaskan ketuhar dengan sudu 150°C.
Griskan loyang 8 inci dengan minyak dan alaskan dengan baking paper didasarnya. Kalau guna loyang non-stick tu tak letak baking paper pun tak apa.
Mula-mula ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam dalam bekas besar. Ketepikan.
Satukan gula dan telur dan blend hingga kembang (dalam 1-2 minit). Kemudian masukkan esen vanila dan kurma. Blend hingga kurma sedikit hancur.
Tuangkan adunan telur ke dalam bekas tepung tadi dan kacau dengan whisk hingga sebati. Masukkan pula minyak jagung dan kacau sebati.
Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 50 minit. Kalau terlebih masak nanti kek ni garing kat luar.
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan. Tak perlu terbalikkan kek.
Tadaa~ Kek yang baru keluar dari oven.
Selamat mencuba !
Monday, April 15, 2013
Apam Gula Hangus yang montel
Hai sumorang..
Haih memang panas sejak belakangan ini. Walhal malam pun panas, bahang. Lapisan ozon dah semakin menipis. Manusia membuat pembakaran terbuka tanpa mengenal waktu. (Makcik jiran dah tak bakar sampah dah. Agaknya dia noticed I update pasal dia. Thanks makcik. I love you!)
Walaupun cuaca panas yang mendorong ramai manusia mengkayakan (kaya duit bukan kaya roti kaya) penjual-penjual aircond, tetapi masak tetap masak. Apakan daya, tepung mencurah-curah ke ladang gandum walaupun takde ladang gandum kat sini. Dan sambil update sambil makan roti butter. Ya. Makan.
Ini bukan roti. Ini adalah kegebuan yang terhasil daripada campuran beberapa bahan mentah.
Pabila kegebuan itu memasuki ronnga mulut dan melalui trakea dan seterusnya perut, maka terasa gebu perut. Ececeh! Tak lah. Mana ada makan sebiji kuih cenonet tu dah kenyang kan?? Begitu asyik terasa macam diawang-awangan. Bukan Awang Abdullah.
Oleh yang demikian, untuk mengelakkan kemerambuan terlampau disini, jom kita tengok resepinya.
Langkah yang pertama, sediakan pengukus dan juga papercup. Sedia awal-awal supaya bersenang-lenang dikemudian hari.
BAHAN GULA HANGUS
1 cawan gula
1 cawan air
Gula dimasak hingga menjadi karamel (warna gula yang dah cair tu bertukar menjadi coklat). Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau.
Part ni mencabar sikit ye bagi yang first trial buat apam ni. Jangan kalut kalau masa tuangkan air tu tetiba sirap gula tu jadi berbuih-buih umpama ombak ditepi pantai. Memang prosesnya begitu.
Bila dah sebati, boleh sejukkan.
BAHAN-BAHAN LAIN
2 biji telur
2 sudu pekat manis
1 sdb butter
1/2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sdk soda bikarbonat
Sediakan blender ataupun food processor. Satukan semua bahan kecuali tepung. Blend hingga sebati dan masukkan karamel tadi. Blend lagi dan masukkan tepung. Dan blend lagi.
Asyik blend ajelah ye nak buat apam ni. Harap bersabar.
Kalau adunan tu nampak macam cair, boleh tambah tepung sikit. Masa saya masukkan tepung, saya masukkan sikit-sikit sampai saya dapat kepekatan yang saya nak.
Bila semua dah betul-betul sebati, tuangkan ke dalam papercup. Berapa biji apam yang dapat tu bergantung pada saiz papercup masing-masing lah ye. Saya guna acuan cawan merah kecik tu. So dapatlah dalam 36 biji.
Adunan dikukus selama 15 - 20 minit dengan api sederhana.
Jangan buka penutup kukusan sebab ia boleh mengganggu proses masak apam tu. Kang apam tu bantat baru tahu.
Bila dah masak, sejukkan. Dah boleh makan. Sedap kalau makan time dia suam-suam. Apam ni masih lembut walapun disimpan sampai keesokkan hari.
Senang je. Adik duduk asrama pun sempat nak buat sebelum balik hostel.
Selamat mencuba!
Tuesday, April 9, 2013
Donut yang gebus
Hai donat yang gebus.. Donat yang begitu enak dimakan begitu saja. Sememangnya sedap!
Tu je yang dapat diungkap. Jom lihat resepi.
BAHAN-BAHAN
Bahan A
2 sudu besar gula *boleh tambah kalau nak donat tu manis2 sikit
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar lemak sayuran
1 sudu besar lemak sayuran
50gm mentega/marjerin
1 paket yis (11gm)
3/4 sdt garam
190ml air suam
Bahan B
500gm tepung hi-protein
1 biji telur
Bahan C
Gula kastor/gula ising secukupnya
CARA-CARA
Satukan bahan A. Biarkan selama 10 minit hingga berbuih.
Tindak balas antara yis, gula dan air panas tu yg membuatkan berbuih. Jangan risau kalau nampak macam disgusting sikit lepas 10 minit tu. Itu normal ya..
Lepas tu masukkan separuh daripada tepung dan telur. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan separuh lagi tepung dan uli sampai jadi doh.
Doh ni nanti lembut aje. Rasa macam nak sapu-sapu kat muka. Omnomnom..
Canaikan doh setebal setengah inci dah terap dengan acuan donat.
Doh ni tak perlu direhatkan sebab telur tu yang akan membuatkan doh naik. Tapi boleh je kalu nak rehatkan dalam 15 minit ke, tak salah pun..
Ok tibalah masa yang dinanti-nantikan. Masa tengah terap donut tu bolehlah panaskan minyak. Api sederhana aje ye.. Dan gorenglah donat sekejap aje. Jangan lama-lama nanti hangus.
Bila dah goreng, salut donut dengan gula halus/gula ising dan sedia untuk dimakan. Nyum nyum..
Kbye. Selama mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)



































