Lovely Friends
Sunday, September 16, 2012
Kek Lapis Hawflakes
Assalamualaikum. Selamat Hari Malaysia! Proud to be Malaysian. Hehe..
Bila dah bekerja, cuti adalah satu perkara yang sangat dinantikan. Horey horey lah kan. Mahu taknya, 8 pagi sampai 6 petang. Balik dah terbongkang. Kalau kerja menimbun lagi penat. Makan banayk pun berat maintain. Lalala~
Lama dah bercuti dari main tepung, semalam dapat jugak akhirnya. Esok pun ada projek juga. Memang tak reti duduk diam. Rugi masa kalau dibiarkan tak terisi dengan bernda-benda berfaedah :)
Masa buat kek ni teringat Kak Ely. Dia minta bsaya buatkan tapi saya tak sure selamat ke tak nak pos ke JB. Taku hancur pulak. Belum try lagi pos kek. Mungkin boleh. InshaAllah. Hihihi..
Macam biasa, resepi dari blogger favourite saya, Kak Ita.
Masa dah kukus kek ni tiba-tiba loyang macam dah tak boleh nak isi lagi adunan. Oh nom nom nom.
T.T Gelabah den. Dengan menggunakan kreativiti yang tersimpan, maka adunan yang lebih tu dibuat dalam loyang lain dan kemudian dicantumkan dengan yg dalam loyang lagi satu. Oh yeah! Problem fixed.
Anyway, kek ni sedap. Tambah lagi warna warni 1 Malaysia pula tu. Ohohooi..
Kek versi Kak Ita buat ada 2 jenis. Tapi demi untuk menjimatkan masa, saya buat satu je.
Kek Kukus Velvet Hawflakes
From: Kak Ita
Bahan-bahan
5 biji telur grade A yg sejuk dari peti ais
225 g gula halus atau
220 g tepung gandum
1 sk rata baking powder
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru & ungu *Ikut suka nak buat warna apa*
secukup hawflakes
Cara-cara
1. Panaskan kukusan.
2. Sediakan loyang 8x8 inci.
3. Sapukan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper.
4. Ayak tepung dan baking powder.
5. Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
6. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
6. Kemudian masukkan minyak jagung atau minyak masak dan gaul adunan secara kaup balik dengan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.
7. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut kesesuaian dan warna yang kita suka.
8. Warnakan setiap adunan. Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan.
9. Susunkan kepingan hawflakes atas lapisan pertama dan kukus lapisan pertama selama 5-7 minit
10. Buat kaedah yang sama sehingga habis setiap lapisan.
11. Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara keseluruhannya.
12. Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit. Kemudian terbalikkan atas redai dan biarkan kek sejuk sepenuhnya.
Versi saya buat setakat ini saja. Kalau tengok dalam blog Kak Ita, dia gabungkan 2 resepi. So creative Kak Ita. Hihi..
Ok selamat mencuba ye..
Subscribe to:
Posts (Atom)